right click

25 Aug 2013

MEM 160 Workshop at UiTM SAlam.

Hye everyone,, the blogwalkers of course.. nana nak berstory story pasal workshop yang baru je dihadiri selama 3 hari 2 malam di UiTM Shah Alam. Bertolak hari Khamis petang lepas dalam kul 5 lebih camtu.. lambat gila bas datang. haihh sabo je la.. tak naik bas UiTM pun. naik bas yang disewa dari luar. okay la bas tu. condusive.. Jauh gila perjalanan.. bukan jauh apa, tapi jauh daripada Bukit Besi ni nak dapatkan persimpangan Jabor which is jalan nak ke highway. pening gila la jalannya. kampung banyak...

     Perjalanan memakan masa mencecah 7 jam. dua kali berhenti rehat. sampai UiTM SAlam pukul 12 lebih pagi camtu.Masuk ikut entrance Canseleri iaitu pintu Seksyen 2. haa ! pro betul aku. Shah Alam toksah klentong saya ye. Papa duk SAlam kan.. Sampai2 je hantar the guys kat Kolej Teratai.. yang gegirls stay kat Kolej Delima. Bilik dua orang je. tak bestnya toilet. aku rasa kalau badan aku gemuk sikit mesti tak lepas pintu dia. Shower and toilet dia yang sangat sempit.OMG. geram aku. tak selesa sikit laa. tapi bilik ok je.

     Esoknya start dengan workshop.. dibahagikan kepada 3 kumpulan ikut senarai nama.. aku group 1. al maklumlaa nama nombor dua dalam register kan... Dalam group aku ada dua je perempuan termasuk aku. Mimi laa se group ngan aku.. the another 7 must be guys laa kan. so tak kisah pun. sebab budak laki group aku sume best2 and rajin membantu.. Aku ni pulak tak biasa sangat buat kerja2 bengkel ni kan. aku cam takut takut je nak buat. so mereka banyak laa tolong. alhamdulillah. terima kasih sesangat. sesi hari pertama tu buat milling, foundring and sheet metal apa tah. tapi yang paling complicated sheet metal tu la. kena potong besi and buat kotak.. susah jugak bagi orang yang tak biasa cam aku. yela aku KH kat sekolah dulu belajar ERT. takde menukang ni semua.. paling senang foundring laa. guna green sand technique untuk buat ukiran. cantik gila !

     The last day pulak buat process lathering, welding and bench fitting. lathering tu camne laa aku nak gtau. instructor bagi besi bentuk cylinder. and ada laa process2 nya and ukuran untuk membentuk besi tu. complicated jugak. nasib baik buat by group. so taktau memang aku mintak tolong the guys. tengah hari tu welding pulak. welding best gila. senang jugak berbanding process lain. first time welding. sangat best. lepas welding kitorang buat bench fitting lak.. kena buat Male Female punya bentuk daripada besi. kira macam lock and key la. aku group ngan nizam. Alhamdulillah biarpun lama gila nak siap, siap jugak akhirnya. dapat markah 12/15 je. Alhamdulillah tak fail. so habis je bench fitting, maka habislah workshop di UiTM SAlam.

Dalam pukul 8 camtu bas datang untuk bawa kami semua balik. Makan dulu kat Seksyen 7. and then we started our journey back.. Syaniz baik gila dia. Dia duk sebelah aku.. Aku memang x tahan gila sejuk kalau naik bas. aku just ada cardigan je. so dia bagi aku jaket dia.. dia tak tidur pun. aku tidur nyenyak gila sebab terlalu penat. rasa serba salah betul kat Syaniz. hahaha ! dia kata kesian kat aku sebab tak tahan sejuk. thanks alot !!

*there,, ni je gambar yg sempat diambil.. camera fon yang sangat humble kan. sedih betul. tak gigi biru lagi gambar dari members.. harharhar*


kolej kediaman kami.. kolej ni pelik gila. tengok dari luar cam tak nampak pelik nya. bila masuk, memang pelik. cam rumah pangsa pun ada. entah aku tak reti nak describe cemano.


okay muka aku terkejal gila. ni mesti la fake smile kan. aku tak kan tunjuk real smile aku. nanti orang cair cam besi dileburkan. taknak la aku senyum gila gila. maaflah aku dah gemuk. 


tengok la mamat dua ketul ni. punya la nak sharing kerusi sebab tak cukup kerusi. guess who ? ni Awang ngan Syaniz. lucu betullah.

khusyuk dengar instructor menerangkan kaedah kaedah dalam process lathering. agak complicated jugak process ni.

the third group. ada dua je guys dalam group ni.. and the 7 more are gegirls..

ini lah dia mimi yang dah tak sabar sabar nak mewelding..

hasil welding aku.. process percubaan je ni. yang practical punya lagi okay daripada yang ini...

peralatan untuk welding. bahaya jugak alat alat ni..

kayy,, by the end of the day, this is what I get. damn sakit gila luka ! tu la terlebih riang sangat agaknya aku masa buat bench fitting tu.. masa nak mengasah besi tu.. terkena tangan aku kat tempat pengasah tu. sakit macam kena toreh biarpun nampak calar je.. haihh.

1 comment: