right click

4 Nov 2014

ICON 2014

Huii. Assalamualaikum. Lamanya aku tak menjelma kat sini. Last post pun awal sem kot. Busy betul. Dah masuk sem 4. Subjek pun makin susah. Final lagi. Lepas tu masuk competition lagi. Masuk ICON ni la. An International Innovation, Invention & Design Competition and Conference. Competition ni hari Khamis 16 Oktober. Last paper aku iaitu Calculus II habis 14 Oktober. Sebelum tu aku taktahu pun yang aku kena participate. So aku dah rancang nak balik lepas paper. Last2 tak jadi la. 15 hb tu dah kena pergi KT dengan Madam Zila. Team aku dengan Madam Zila and Kak Anis part 6. Kak Fatin group Dr. Gee and Ika sebagai supporter. Kita pergi ke sana 5 orang je. Naik kereta Madam Zila. Invention yang team aku buat ialah Eco-Friendly Inhibitors for Corrosion Protection of Metals and Alloys. FYP senior aku. haha !

     Sebelum pergi tu dah siap2 study semua apa yang kena present. Study dengan kak Anis lepas tu discuss dengan Madam. Buat pamplet, banner, preparation apa semua dengan madam. Petang Rabu tu bertolak ke KT. Stay kat Felda Residence. Masyuk jugak ye duduk hotel. Malam tu tidur lewat semua sebab buat preparation. Practice bercakap bergebang lebar lebur apa semua. Kasi juri terangkat esok pagi. Haha ! Cuak gila sapelah taknak menang kan. Sem lepas senior pergi dapat Bronze je.. Sem ni takkan la bawa telur ayam. Dah la aku first time join benda alah ni. Benda pulak berkaitan subjek part 6. Aku ni baru part 4 yang terkial2 lagi belajar CPP. haha ! Taknak kalah. Malam sebelum check in ke hotel tu pergi la ke TTI Convention Center. Konon nak amik feel untuk comp esok. Banyak juga institution yang terlibat. Dari primary school sampai tertiary. Student Masters, PhD semua. Pergilah setting tempat semua.



     Tibalah hari pertandingan yang ditunggu2. bukan main awal check out dari hotel. Pergi ke TTI CC terus. Orang pun dah ramai. I had a big butterfly in my belly ! Takutlah. Tengok semua invention participants lain macam power je. Lantaklah buat apa nak takut dengan orang. Yakin dengan diri sendiri. Dah prepare semalaman. Redha. Lepas tu dalam pukul 10 tu dah start judgement. Juri ada 2 orang datang. So kita explain la pasal apa invention yang kita dah buat tu. Ketaq lutut naaa. Aku ingat dia orang biasa je. Rupanya dia lecturer mechanical engineering. Jangan harap boleh putar cerita. Dia tahu semua benda. So nasib baik dapat present dengan baik. Speaking beghabuk kau ! Bila pengunjung tu budak2 sekolah baru aku cakap melayu. Penat. Kak Anis pulak pergi presentation dengan panel. So madam kata, aku ni la yang menentukan dapat pingat apa. Gila. Takut !


Teammate, Kak Anis and sifu, Madam Zila



Ini je pun nak display.

Award sem lepas


     Lastly, keputusan. Debor betul la tunggu. Sekali madam kata team aku dapat Silver Medal. Alhamdulillah. So sad that I can't manage to get the Gold Medal. haha. Tapi okay la dari sem lepas, dapat Bronze je. Syukur alhamdulillah. Madam Zila was so proud with me since this was the first time I joined this international comp. Bersyukur sangat. Madam and kak Anis suruh aku join ICON sem depan lagi. Pertahankan Corrosion Inhibitors jugak. InsyaAllah kalau ada rezeki Gold Medal pulak ke. Syukur,,, Gembira betul. Sebelum balik tu pergi selfie kat Masjid Kristal. Bosan hehh. Dah pukul 6 lebih suruh aku senyum lagi. Dah la dari pagi senyum memanjang. Kalau la senyuman tu diambil kira dalam comp, mesti dah Gold Medal punya lah. Ciss ! Lepas tu pergi beli keropok lekor, dinner and balik ke BB dengan gembira yang tidak terhingga biarpun penat.


Silver Medal


Bukit Besi punya participants and supporter

   

Gambar terkejal ni masa kat Masjid Kristal. Team dari Penang. Abang Zamzam, Abang Din dan kawan2 dia. aku taktau nama. Rupanya dowang ni smua housemates abe kat Penang. Bukan main menyakat aku lagi masa competition. Daripada lecturer dia sampai ke anak murid semua datang and menyakat aku. Soal semua soalan degree. Meraung ! Dowang ni memang kelakar. Aku baru je turun kereta terus dia panggil, jom ambil gambar dengan awek Rasyad ! Malu betul. haha !


Looking forward to join this kind of competition again. Ameen.



10 Jul 2014

Simply Throwback Enterpreneurship Month at UiTMBB

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Habuk tebal macam kamus dewan dah. Takde masa den nak update. Sem ni busy sangat aku rasa. Assignments hampir semua subjects setiap minggu. Quizes, Tests and so on. Life as an engineering student had just begun. So yeayy.

     Entri ni nak story pasal minggu keusahawanan yang telah selamat dijalankan di kampus sebelum puasa hari tu. ChESS bukanlah penganjur untuk event ni. Tapi collaboration je dengan JPK. Macam biasalah tugas ni dah tentunya diletak atas bahu Exco2 keusahawanan ChESS. Kena set up kedai dan berniaga. Sepanjang sepenggal dalam ChESS, ni kali kedua berniaga. Kah ! Tapi kali ni ChESS tak jual variety pun macam fiesta sem lepas. Spagetti, float, donut ala ala big apple, cupcakes, Tshirt UiTM, EH button badge.. hahh tu je la. Den dah lupa. Sebut pasal makan ni bulan2 puasa memang tak la kan. 

     Event berjalan selama 3 hari, yeah i forgot the dates yo ! But it ended 1 day before 1st ramadan. Kiralah sendiri. Start hari Khamis sampai Sabtu petang. Khamis tu start petang. Memang aku, wan n fizah la yang setia sepanjang hari tu dari kedai buka sampai tutup. Hari jumaat tu sebelah siang je aku takde sebab sibuk berhempas pulas main bola jaring. Nasib baik dapat nombor 3 kan. Kalau tak memang habis wan bunuh aku sebab tinggalkan dia kat kedai. Hari Sabtu tu half day je. Sampai pukul 6 petang. Sebab malam dah start tarawih kan. Sabtu pagi tu laa aku g MM ngan Kak Nisa, adik2 jiran and gang2 kak Nisa dari Penang. Aku pesan kat wan, wan jangan tutup kedai sampai nana balik ! So balik dari MM tu sebelum kedai tutup. Jadi sempatlah nak tolong ChESS lagi. Seronok sangat berniaga.

Okay nak share gambar.. Selamat menjamu mata.

Ahli CheSS yang telah menjayakan event minggu keusahawanan.Yeayy !
Actually baru perasan yang orang dalam gambar ni berdiri mengikut ton warna baju. And yeah, aku memakai matric card biarpun hari tu hari Sabtu. Petang. Obey the rules yo !

Really admire this photo by Atif.

Kirai baju. 

Kepenatan dah semua.

Jejaka2 ChESS yang setia berada kat kedai selama 3 hari. Wan tentulah ada sebab dia KP, mujib and aiman.

Finally and lastly. Ini adalah kerja paling penat sekali. Kira keuntungan. Kah ! Pandai betul photographer snap gambar masa aku tengah khusyuk mengira. Sila fokus betul2 pada jam dan cincin. bye.

     Ini kalau bab yang tak best dia. Ada je ahli ChESS lain yang ditugaskan untuk jaga kedai. Dah buat pun timetable sape yang kena bertugas. Yang tak bestnya bila ada ahli yang taknak bekerjasama menjaga kedai. Padahal makhluk tu ada je dalam kolej. But never lend the hands to us. Fine. Datang setakat bercekak pinggang je pun jadi la. Daripada tak tunjuk muka langsung. Kat situ aku rasa sangat tidak adil. Aku penat2 main netball tu boleh je datang dengan pening kepala dia lagi. Okay sendirilah fikir kan. Kalau awak tak reti bagi support kat biro orang, jangan haraplah orang nak support event biro awak. Bukan macam tu ? Haihh. 

     Finally, event memang berjalan lancar biarpun kekurangan kakitangan. Okay la sebab semua yang ada tu semua memang all out habis. Memberi sepenuh komitmen kepada ChESS. Havoc, sporting habis la semua ChESS. Well done ChESS !

20 May 2014

Best Shots with the Wedding Bigshots. :P

    Post kali ni just nak post gambo je konon best shots la masa wedding kak ely. ini semua empowered by iPhone 5S, fish eye lens dan monopod. maklumlah, dah lama tak jumpa kekazen. bila jumpa, keluar gila masing-masing. tak sangka lak dowang ni photogenic dan selfie-er thorbaik kan. mula-mula jumpa kemain awkward lagi masing-masing. bila sorang keluarkan camera untuk selfie or adjust tudung, maka berduyun-duyun la yang datang interframe. lama-lama lekatlah kami saudara-mara. sampai makcik2 pun kata, budak zaman sekarang lain dah dengan masa dulu kalau tiba majlis kahwin. lau dulu budak2 suka menolong masa majlis. zaman sekarang, gadjet ada memang dowang tak tolong ape dah. masing2 amik gambar gila-gila. mak mak lak yang buat kerja. BUDAK ZAMAN MODEN.  tengoklah muka masing-masing macam Cina. eii ada keturunan Cina kan. hahaha ! Daaa~

Malam sebelum wedding :

the nice one !



mission failed

hah amacam, cina kan muka masing2 ?

atok gwa pun nak selfie tau.

ini isaac nampak cam syok sendiri.




comel la tu masing2..




lutfi n puteh

muka puteh kemain seram lagi guna monopod


with kak ely and lily

mamat yang kepenatan kemas pelamin

rasa malas je nak bangun sebab karpet lembut

with lily

candid, fail ever..

pelamin tak siap tapi semua sibuk nak naik.
During the wedding day :

Gadis-gadis ayu.


menanti waktu akad nikah

selepas nikah, kak ely tak sempat nak tukar baju lagi kitowang ajak selfie.

with cikmon masa akad nikah.. style menggayakan tudung kami sentiasa sama. haha !

with anak dugung.




runaway bride 1

runaway bride 2

runaway bride 3

ahmuy

cousins bonding time

para gadis cantik



aku paling suka pic ni. semua comel.

isaac and ahmuy selfie.

free style w cousins

alamak, tertarik monopod panjang sampai 2 marhalah pulak.

danial sai yuk

anak beranak hj mohd noor, mum's siblings

formal style

cantekkk !


ini paling fun. semua pun nak angkat tangan tak boleh jugakkan..
Alright, thats all for now. will post again anytime. tengok la lau ada masa. okbye. Assalamualaikum.