right click

25 Aug 2013

MEM 160 Workshop at UiTM SAlam.

Hye everyone,, the blogwalkers of course.. nana nak berstory story pasal workshop yang baru je dihadiri selama 3 hari 2 malam di UiTM Shah Alam. Bertolak hari Khamis petang lepas dalam kul 5 lebih camtu.. lambat gila bas datang. haihh sabo je la.. tak naik bas UiTM pun. naik bas yang disewa dari luar. okay la bas tu. condusive.. Jauh gila perjalanan.. bukan jauh apa, tapi jauh daripada Bukit Besi ni nak dapatkan persimpangan Jabor which is jalan nak ke highway. pening gila la jalannya. kampung banyak...

     Perjalanan memakan masa mencecah 7 jam. dua kali berhenti rehat. sampai UiTM SAlam pukul 12 lebih pagi camtu.Masuk ikut entrance Canseleri iaitu pintu Seksyen 2. haa ! pro betul aku. Shah Alam toksah klentong saya ye. Papa duk SAlam kan.. Sampai2 je hantar the guys kat Kolej Teratai.. yang gegirls stay kat Kolej Delima. Bilik dua orang je. tak bestnya toilet. aku rasa kalau badan aku gemuk sikit mesti tak lepas pintu dia. Shower and toilet dia yang sangat sempit.OMG. geram aku. tak selesa sikit laa. tapi bilik ok je.

     Esoknya start dengan workshop.. dibahagikan kepada 3 kumpulan ikut senarai nama.. aku group 1. al maklumlaa nama nombor dua dalam register kan... Dalam group aku ada dua je perempuan termasuk aku. Mimi laa se group ngan aku.. the another 7 must be guys laa kan. so tak kisah pun. sebab budak laki group aku sume best2 and rajin membantu.. Aku ni pulak tak biasa sangat buat kerja2 bengkel ni kan. aku cam takut takut je nak buat. so mereka banyak laa tolong. alhamdulillah. terima kasih sesangat. sesi hari pertama tu buat milling, foundring and sheet metal apa tah. tapi yang paling complicated sheet metal tu la. kena potong besi and buat kotak.. susah jugak bagi orang yang tak biasa cam aku. yela aku KH kat sekolah dulu belajar ERT. takde menukang ni semua.. paling senang foundring laa. guna green sand technique untuk buat ukiran. cantik gila !

     The last day pulak buat process lathering, welding and bench fitting. lathering tu camne laa aku nak gtau. instructor bagi besi bentuk cylinder. and ada laa process2 nya and ukuran untuk membentuk besi tu. complicated jugak. nasib baik buat by group. so taktau memang aku mintak tolong the guys. tengah hari tu welding pulak. welding best gila. senang jugak berbanding process lain. first time welding. sangat best. lepas welding kitorang buat bench fitting lak.. kena buat Male Female punya bentuk daripada besi. kira macam lock and key la. aku group ngan nizam. Alhamdulillah biarpun lama gila nak siap, siap jugak akhirnya. dapat markah 12/15 je. Alhamdulillah tak fail. so habis je bench fitting, maka habislah workshop di UiTM SAlam.

Dalam pukul 8 camtu bas datang untuk bawa kami semua balik. Makan dulu kat Seksyen 7. and then we started our journey back.. Syaniz baik gila dia. Dia duk sebelah aku.. Aku memang x tahan gila sejuk kalau naik bas. aku just ada cardigan je. so dia bagi aku jaket dia.. dia tak tidur pun. aku tidur nyenyak gila sebab terlalu penat. rasa serba salah betul kat Syaniz. hahaha ! dia kata kesian kat aku sebab tak tahan sejuk. thanks alot !!

*there,, ni je gambar yg sempat diambil.. camera fon yang sangat humble kan. sedih betul. tak gigi biru lagi gambar dari members.. harharhar*


kolej kediaman kami.. kolej ni pelik gila. tengok dari luar cam tak nampak pelik nya. bila masuk, memang pelik. cam rumah pangsa pun ada. entah aku tak reti nak describe cemano.


okay muka aku terkejal gila. ni mesti la fake smile kan. aku tak kan tunjuk real smile aku. nanti orang cair cam besi dileburkan. taknak la aku senyum gila gila. maaflah aku dah gemuk. 


tengok la mamat dua ketul ni. punya la nak sharing kerusi sebab tak cukup kerusi. guess who ? ni Awang ngan Syaniz. lucu betullah.

khusyuk dengar instructor menerangkan kaedah kaedah dalam process lathering. agak complicated jugak process ni.

the third group. ada dua je guys dalam group ni.. and the 7 more are gegirls..

ini lah dia mimi yang dah tak sabar sabar nak mewelding..

hasil welding aku.. process percubaan je ni. yang practical punya lagi okay daripada yang ini...

peralatan untuk welding. bahaya jugak alat alat ni..

kayy,, by the end of the day, this is what I get. damn sakit gila luka ! tu la terlebih riang sangat agaknya aku masa buat bench fitting tu.. masa nak mengasah besi tu.. terkena tangan aku kat tempat pengasah tu. sakit macam kena toreh biarpun nampak calar je.. haihh.

14 Aug 2013

Yeayy,, saya berjaya !

 
Cakkk ! hai, comel tak saya ? *on behalf of nana*

Assalamualaikum wahai pembaca belog nana. xnak baca pun xpe lah. Heee. hari ni rasa bersyukur sangat sebab aku berjaya menyatukan balik kawan bilik aku yang x bertegur sapa I think at lest for 3 weeks.
Lama tau tak masa tu. x bertegur for a reason yang x concrete pun aku rasa. Tak elok la kan sebab dalam Islam pun haram kan kita x bertegur sampai lebih dari tiga hari sebab benda macam tu boleh menjadi kepada permusuhan. (kalau nana salah tolong betulkan. Nana bukan ustazah) X boleh la bermusuh kita sesama Islam kan. Jangan la sempitkan fikiran tu dengan amik jalan mudah xnak bertegur ngan orang biarpun orang tu x buat salah pun kat kita. Fine la kita manusia semua buat salah. Normal kot. Mana ada yang semua maksum kecuali Rasulullah SAW. kankankan ?

Kes yang aku tangani berkisar macam ni. Cehh gaya lawyer buruk gituhh. Ehh tak, kaunselor..
Kita guna unknown X je ye. Nana kan taksub pada Maths. hihi..Okay si X ni tiba tiba je hari tu dia x bercakap ngan roomates aku lagi 2 orang tu. aku tanya kenapa and dia cakap, Xde benda nak cakap. so aku pun Ohh je la. But seems like it became more serious after that day. X bercakap langsung sepatah haram sampai ke cuti raya. nak balik x salam pun. But she still talked to me as usual only with another 2 girls.. kept silent. So habis je cuti aku tanya la, kenapa x bertegur ? si X cakap xde ape pun. aku cakap, so kalau xde ape, why not start conversation ngan mereka berdua ?
Still cam xde respon. Then, I asked her to forgive the 2 girls. Ye la eventhough xtau siapa salah, better salah satu pihak
minta maaf. xkan la nak ikut keras kepala masing masing ? dah besar kot. Matang la sikit. So si X pun minta maaf kat mereka berdua tu.... Alhamdulillah, things back to normal again. huhahuha dalam bilik as usual.
Xde la diam lagi seperti minggu sebelum sebelum ni. Bersyukur sangat. Yela, x suka kot tengok kawan bergaduh cam ni.
Hasil slow talk aku berjaya ! Patut boleh jadi kaunselor la nana ni. Heee..Xnak aku..X sesuai sebab aku
dah la brutal. Xde langsung hati perut. Tengok je macam baik. macam laaa.

~Okaylaa tu je nak story,, heeee. kalau memerlukan kaunselor peribadi panggil la Nana ye ! Jangan lupa bawa duit pengeras sekali . Daaaa ! ~

11 Aug 2013

Raya 2013 :)

Bismillah.. banyak nak story ni. Assalamualaikum. Salam Aidilfitri. Nak story pasal raya and suasana sebelum raya.. Balik Muar masa hari Isnin lepas ngan mektam and family. Mama and papa balik malam tu sebab masih lagi bekerja. Mereka balik Muar dengan ayam ayam ! haihh. Nak masak la.

    Yang first trip balik iaitu aku n mektam sekeluarga tu untuk mengukur, menggunting, menjahit dan menggantung langsir. Best gila. Al maklumlaa, kelebihan menjadi orang tinggi. Laju je memasang. Boleh pulak masa menggantung tu aku pakai skirt labuh. Dowang semua takut aku jatuh tergolek kot laa tersadung kain. Ada x pasal pasal free show di bulan puasa yang dah nak hujung hujung ni. Tapi alhamdulillah xde ape pun. Aku dah biasa. Main badminton pakai baju kurung ketat pun pernah. Kalah Lin Dan. Malas citer. Settle pun satu rumah punya langsir. Siap boleh ke Tangkak lagi membeli kain sebab x cukup. Rumah atok tu dah la mansion, beli kain macam rumah flat pulak. hahaha. Perumpamaan je. Lap almari buku buku lama. Terjumpa buku buku chemistry lama mama masa dia study kat Alabama.Best tengok. Organic, thermo, fluid, process semua ada. Mc Grawhill punya. Tapi syllabus 20 tahun lepas. Xtau la boleh guna lagi ke. The next day aku ngan nani dan para ibu dan bapa separuh keibuan menjadi orang kuat di dapur. Potong bawang. Habis jejari kucing aku berbau bawang sampai la ni. Sokayyy. Tahun ni x dapat jadi tester makanan pun ! hahaha. Lucunya laa. In the eve tu, Ah Muy and family dia pun sampai. With love from JB punyaa. Dapatlah kami berjumpa pokde. Kesian dia. X baik lagi pun stroke dia. Kesian sangat. Raya tahun lepas best sangat. Riuh rumah ngan suara pokde. But this year pokde xleh cakap sebab stroke tu. Sangat sedih. Insya Allah x lama lagi okay la tu.

    Raya tahun ni kan,, sunyi je rumah ngan suara bebudak. Biarpun kami para budak ni duk bersama atok di meja pejabat dia, senyap je meja tu even penuh satu meja. Rupanya kami para budak masing masing menekan gajet dan papan nipis. Khusyuk dan tawaduk. Sampai x buka mulut. Atok pun sama. Dia pun dah maju. Dulu baca news saja tapi la ni main crossword puzzles. hahaha.. Ni lah raya zaman sekarang. Gajet mengatasi segala galanya. X elok sebenarnya sebab ia boleh membuatkan kita menjadi anti sosial. Aku pandai je cakap, aku pun sama. HAHAHA! Le cousins aku yang lain tu lagi laa pandai. Mentang mentang aku on wifi fon aku, semua duk dekat ngan aku. Aku letak password. Sapa yang nak, aku suh depa semua jawab soalan differentiation. Tergagap la nak jawab. Pastu dowang bekerjasama untuk dapatkan jawapan sebab masing masing dah lama tinggalkan zaman addmaths. So what !Aku memang kedekut dekut dekut. Bila dah ramai yang sampai kat rumah atok, dowang pun nak buka lappy masing masing. Pastu tanya kami mana dapat wifi. Kena la aku jawab,, ye Nana punya wifi tuuu. Terpaksalah aku gadaikan password aku kepada mereka. Xpe lah. Ada time tu aku kejam gila. Dowang nga khusyuk beronline, aku terus matikan wifi aku. Habis semua mengeluh. Marah marah lagi. Padan muka. Bateri jalan woi. Pastu aku tukar nama wifi macam2 supaya xnak bagi orang detect tu siapa punya. Macam macam nama. Nak gila je rasa gelak.

    Sampai laa ke hari raya. Pagi solat raya kat masjid dekat je. Nak ke masjid sultan tapi semua gerak lambat. Takut dah penuh. Sembahyang masjid dekat pun sama je lah. Best ! Masa balik sembahyang tu, si Anje nak bye bye Puteh. Puteh x nampak. Orang laki lain lak yang perasan. Dah la aku duk tepi sekali. Habis mamat tu ingat aku yang menggatal. Cinta di Pagi Raya la tu. Puhlizzz. Balik lepas solat tu bersalin... Sebab xkan la solat nak pakai baju raya. Menyemak je. Lepas tu makan makan makan. Layan tetamu. Kerabat cina kitowang. Family nek anjang pun datang 3 buah kereta. Datang je terus amik gambar ngan family rumah kitowang kat tangga. Dowang bawak cameraman sendiri kau ! Best ! Tengah hari as usual aku tidur pastu bangunn dan marah marah. Petang tu ke rumah nek anjang and atok itam. Best betul. Dapat lagi duit raya. Alhamdulillah, biarpun dah besar gajah. Malam Pak Andak sekeluarga datang. Ini tetamu khas dari Turkmenistan. Pak andak duta besar kat sana, tahun ni dowang balik raya. Bawak aunty ana and baby lisa. kitowang panggil baby Turks je. Pak andak bawak macam macam dari sana. Cerita macam macam. Pasal rumah dia kat Dubai laa. Seronok dengar.Nak jadi macam dia tapi aku amik chemical engineering. Xpe lah. haha ! Rezeki di tempat lain barangkali. Insya Allah. Raya kedua kami beraya di Melaka. Rumah Chik, mak long dan Kg Morten. Best ! Duit raya lagiii. Thanks.

Kami semua pulang ke rumah masing masing semalam petang iaitu Sabtu. Sedih nak tinggalkan atok. Lama sangat kitowang kat Muar tu. Banyak kenangan. haha. Swear sedih gila. Aku hampir menangis la as usual. Malam tu ke rumah Tok Ajis, atok Danial. Best makan kat situ sebab atok dia bukak kedai. Aku dah la pantang jumpa makanan. Maksimum 5 pinggan. Masya Allah. Tengok la badan besar mana. Okay itu je nak story. Tengok laa gambar kat fb yeee ! bye bye bye !

Open house.. Not so...

Assalamualaikum.. heee. Salam aidilfitri. Hari ni rasa busy sangat kot. Pagi tu mektam and family dan Puteh still ada kat rumah. They alls balik KL tengah hari tu. So pagi tu mereka semua ke pasar. Membeli ini dan itu.Lama jugak keluar sampai kami berlima budak budak kat rumah naik lapar. Therefore, edy call mama and cakap yang kami nak ke KFC. Nasib baik mama bagi. Danial yang drive. Mujurlah dekat KFC ngan rumah. Makan lama gila sebab banyak nau order. Then balik rumah.. Then mereka yang sepatutnya balik KL pun baliklah. Sedih sangat. Maka habislah sudah raya aku. Nak menangis aku tadi. Mesti aku rindu dowang semua. Teringat masa masa raya dan sebelum raya bersama mereka di Muar. Huaaaa !

    Lepas mereka semua balik, kami satu rumah kemas rumah sebab mak teh satu family ngan cucu dia nak datang petang.. Habis je kemas, aku tidur. Penat kot. Dahlaa pepagi dah bangun. Mengantuk eden. Bangun je tidur, mak teh semua dah sampai. Kelam kabut aku bangun. Turun bawah,, salam salam.. Pastu mama mintak tolong kemas juadah utk mereka semua. Aku marah marah je sebab baru bangun tidur. Terasa mengong sekejap. Tah pape je aku ni. Nak lempang je muka sendiri kekuat. haihh ! Melayan tetamu ngan mama papa semua. Layan anak anak buah yang baru nak besar. Amboi banyak kerenah pulak. Aku dah x suka budak. Habis segala jadah Tab dia main macam x pernah jumpa. HAHAHA! Lucu melihat. Aku masa kecik kecik pun macam tu jugak. Sabar jelah. Yang bestnya dapat 4 green packets ! Alhamdulillah.. okla,, tu je. Bye. Sekian terima kasih~