right click

30 May 2013

Le Cousins :)


Haii ! lama aku x mengedit kan.. xde ape pun. saje2 nak story2. yang gambar comel sangat kat atas tu semua cousins aku. just yang boy kecik tu je adik aku. gambar yang paling besar tu aku ngan Emily Lim (Emily).. yang abang tinggi tu Isaac Lim (Aizat).. yang pakai spek paling cecomel tu Anna Lim (aku la !).. adik aku Edy Lim.. actually lim2 tu nama surname family aku. and i am very proud to be one of the lim's. cousins aku sume kebanyakkan muka Chinese n Korean. aku je Melayu sikit arr. Dowang ni pon reti speaking mandarin. same goes to me.. wor ker yie jiang hua yie laa. haha.. tuu dia dah kluar api aku. haha.. gambar kat atas tu sume mase g bercuti kat KL.. Isaac Lim bawak kami ke Pavillion ngan KLCC naik tren je. haha.. okla. miss u all :)

28 May 2013

Melawat baby.. :)

Wehh.. Assalamualaikum. lepas balik dari KL hari tu, kami ke hospital pantai. Kak long baru deliver baby. Baby boy ! haha. comel2. nama belum bagi lagi. duk dalam wad tengok kak long. Borak2 bagai. boleh pulak ade tutorial cara memegang baby. sebab aku x reti dukung baby.. haha ! teruk aku ni. pastu baru la aku pandai pegang. boleh tahan berat. rambut baby tu lembut gile. aku cakap kat baby tu, skang ni memangla rambut kau lembut. besar nanti mesti kasar ! haha.. jahat punya mak saudara aku ni. kesian anak buah aku tu. ok la bye.





Kay Ell ^ Holidays

Oii Assalamualaikum. ape buat tu ? nak update pasal holiday di KL lah. Hari Isnin lepas ktowang ke KL. Pagi2 tu gerak ke Selayang. Nak tau buat ape ? Amik results MUET yang cemerlang tu kat Majlis Peperiksaan Malaysia. Bukan main jauh lagi tempat die. Lepas amik tu ktowang ke UiTM Shah Alam. Nani nak amik transkrip Asasi die. Crowded gile UiTM sebab orang nga konvo. Bila lah masa aku akan tiba. Insya Allah the time will come Nana. Lepas ke UiTM,  papa bawak makan kat sekitar office di kat Kota Kemuning , Shah Alam. Makan kat kopitiam. Lepas tu papa campak aku ngan nani kat ofis die. Die gi kerja la wei. Kami dok ofis die sampai kul 5 menjejak ke 6 camtu. Pastu papa datang amik ktowang ngan kawan die, Aunty Chin. Hantar Aunty Chin ke Sri Petaling. Then tersangkut lah pulak dalam jam. KL kan. Kena la faham. Papa hantar kami ke rumah Cik Mon di Bandar Kinrara. Duk rumah Cik Mon selama seminggu.

            Pagi esoknye dak nani ade interview kat UM. aku dok la melahu kat rumah. Tengok tv , makan , tido je. haha.. even aktiviti aku cam bosan je kat situ tapi dok umah Cik Mon memang best. Terasa cam orang kaya doww. Mana x nye, gi pasar malam pun naik Mercedes. teragak2 aku nak keluar kereta. Malu2 pulak. haha ! best doww dok sana. Hari Jumaat tu cuti Hari Wesak. Cik Mon hantar aku , nani ngan aizat g tengok wayang kat IOI Mall . Tengok citer Star Trek. I thought citer tu bosan, tapi best wehh. Haha. pastu balik rumah leee.. Sabtunye pulak , amik Mak Itam kat LRT Sri Petaling. Ktowang lak dihantar ke situ untuk ke Bukit Bintang. Aizat punya idea. Naik LRT pastu tukar naik monorel. Memula gi Pavillion. X beli ape pun. Makan tengah hari kat Madam Kuan. lepas tu strolling dalam Pavi. Ramai gile orang kat Pavi. Lepas tu guna laluan pejalan kaki untuk ke Suria KLCC. Jalan2 kat taman bawah tu, pastu masuk KLCC. Orang ramai gile kot. Hari Sabtu kannn. Sampai je cari musholla untuk solat.Pas solat merayau la. Buat bangle beads. Aku , nani n manje yang buat. Aku punye paling murah. Berjoget dondang sayang le aku. Jimat duit ! Pastu Aizat ajak minum Starbucks. Sebelum dah le tersesat dalam lift. Aizat boleh pula ajak naik service lift. Memang cam rumah hantu la. Haihh. Balik rumah dalam kul 6 camtu. Tersesat2 nak naik tren. haha geli hati. Nasib ade polis, tanya polis. Baru dapat naik. Cik Mi amik kat Sri Petaling dalam kul 6 menjejak 7. Balik rumah. Best betul hari tu.

               Esoknya pagi dah balik. Sedih jugak. Yela aku dah seminggu duk KL. Hantar nani interview UKM lak. Lama gile tunggu. Bandar Baru Bangi tu cam x membangun je tempatnye. Bosan laa jugak. Dalam kul 3 tu die dah siap interview. Terus balik Melaka. Goodbye KL !

mak nyonya gedik.

In the Mercedes ok

beli token LRT

Dalam LRT

monorel Hang Tuah. yang tinggi tu nama Gusta, cousin aku.

Le Pavillion

Gusta belanja lunch kat Madam Kuan

aku ngan Manjalara

Le bangle-cute-KLCC

Starbucks KLCC

dua2 comel :)

Gusta belanja weolls

bawak budak2 ke kedai patung


13 May 2013

Le Classmates At UiTM Terengganu..


Assalamualaikum.. ni nak promote. haha.. gambar kiut miut kat atas tu classmates aku di UiTM Terengganu. mereka ni la yang aku kena hadap sepanjang pengajian di peringkat diploma. Diploma in Chemical Engineering.. haha. budak kelas aku nampaknye lelaki lagi dominan berbanding perempuan. lelaki ade 17 orang n perempuan ade 9 je. dulu 10 tapi sorang dah mencabutkan diri. yela, x ramai perempuan yang minat engineering. haha ! masa mula2 masuk kelas terkejut jugak tengok ramainye lelaki. segan2 ayam jugak. lau kelas time matrik ade 8 orang je lelaki. tapi xpe, aku x kisah. nak belajar kan. ape pon boleh. hihi. macam2 ragam dowang ni. kelakar jugak. masa lecturer mengajar pon sempat meloyar buruk. even banyak main pon tapi dowang perform dalam exam. ramai giler dean list, sume yang kuat main punye.. hebat la mereka2 ni. maklumla, bukan calang2 orang. ade yang sebelum ni dari asasi, matrik (cam aku la) n macam2. yang dari asasi nuyu, mimi, iwan ngan mb. yang dari matrik cam aku (KMM), faizi (KMJ), wan, aiman(KMPh) ngan muz(KMPP).bila time lab je sume nak tayang labcoat MATRIKULASI masing2. haha ! gedik la. yang laen ade la bape ketul dari stpm. kembar aku si syafiq melarikan diri dari asasi upnm.daus dari CFS UIA n INTEC. x tahan jugak tu, terus keluar.  haha. terror bukan main mereka nii. yang pandai speaking nye, yang otak kat luar nye.. bagus2. seronok kelas ngan mereka ni. aku x rapat sangat pon ngan dowang yang terror2 ni.. biasa2 je. ade tu pulak suka menyakat aku. nak2 si riduan, mirul kecek ngan kembar aku syafiq. pantang aku gelak. ade je nak sakat. haha.. geram jugak.. si mirul dah la suka panggil aku Ferra ngan Baby Farra. eee geli ! ade jugak yang berpuak2 dalam kelas aku ni. ade sampai bermasam muka jugak.. tu yang sedihnye. x baik camtu, kte sama2 satu kelas untuk tempoh 3 tahun.. lau tahun pertama dah camni, camne lepas ni ? aku harap mereka2 tu dibuka hatinya untuk berbaik semula.. nasihat kepada diri aku jugak. aku pon x suka gaduh2 ni. aku boleh je adapt ngan dowang ni. bukan terlalu ramah tapi sentiasa open la. aku x suka jugak dowang cakap kita ni terlalu sombong la, act alim la, atau x sporting. yela buat ape gaduh2, sem depan jumpa lagi ! haha.. ni bukan matrik, gaduh la kau setahun, tahun depan x jumpa lagi. aku selalu fikir camtu.. haha.. kalau boleh aku xnak classmates aku benci aku ke ape. kalau boleh biarla dowang terima aku ni seadanya. aku bukan baik sangat pon. haha. aku lau study suka mintak pendapat dari wan, faizi ngan daus. dowang banyak membantu aku. kadang tu study sama2 ngan dowang ni. lau kat bilik aku suka jemput nuyu, teah, tyra ngan dayah. pastu meletuplaa bilik ngan suara2 mereka. haha. aku happy bersama kalian. x sabar nak jumpa bila bukak sem nanti.ok laahh. bye..

8 May 2013

Alhamdulillah... Senyum lebar.

hahaha ! yahoo. terima kasih ya Allah kerana memberi ku peluang lagi untuk belajar lagi subjek2 chemical engineering.. tadi dapat results. x banyak la.. sikit je lagi nak dean least.. lagi 0.05 point je lagi nak dean.. haha. apakan daya usaha setakat tu je yang mampu. tapi aku tetap bersyukur kerana lulus semua mata pelajaran.. gred pon a ngan b je. ok la tuu. haha.. nasib baik aku lulus dengan jaya nye untuk subjek programming.. i thought i will fail that killer subject tp syukur la ya Allah. even b- aku tetap bersyukur. bukan snang programming tu. haaaa.. entah la nana oi. xpe, biarpun x dean list tapi aku dah berjaya membuatkan mama dan papa tersenyum lebar. dowang pon sedia tau yang aku ni kuat main kot. haha ! ye la tu. aku kuat tido laa.time exam pon asik nak tido je. lau usaha sikit je lagi mesti dah dapat dean list.. xpe,, keep trying nana. banyak lagi sem. insya allah.aku akan terus berusaha dan akan terus membanggakan kedua ibu bapa ku. aku yakin aku boleh. aku akan menjadi seorang engineer yang berjaya. ok la,, syukur sangat2.. terima kasih ya Allah.. :)