right click

27 Oct 2013

A day with girfieee, Husna.

     Assalamualaikum, beautiful human beings ! Setelah hampir setahun.  setahun ke ? tak sampai setahun pun.. I met my bff, Tuan Nurul Husna binti Tuan Zakaria.. waaa rindu gila ! husna ni kan, boleh dikatakan bestie aku la masa zaman2 satu sem aku kat matriks. ke mana mana pun sama2. sebab dia pun satu kelas ngan aku. asrama pun sebelah sebelah je. dia dari kelantan. ehem ehem ! I JDT okay.. so semalam, aku ajak dia hangout. dia degree newbie kat UTeM. Electiral engine gituu. lahai UTeM belakang rumah aku je. dekat sangat. so aku amik dia kat kolej kediaman. bawa ke AEON Bandaraya.. strolling.. chit chatting je la banyak kan.. macam macam cerita pasal budak2 practicum aku setelah ketiadaan aku kat matrik tu. haha ! how I missed them badly ! semua dah berterabur satu Malaysia dengan degree masing masing.

                   
Tuan Nurul Husna <3 <3

     Pandainyaa la aku drive sampai jejauh sana. haha ! husna ni cerita macam macam kat aku. husna ni memang panggil aku NENEK since kat matrik lagi and I called her Kak Senah. haha ! kekampungan gituu. firstly, husna kata Nenek ni kenapa la tak besar besar. tak makan ke nenek ? kecik je dari dulu. dah nak setahun pun tak naik naik. aku kata, ini dah cukup besar dah aku rasa. sedihnya.. kecik sangat ke... haha ! husna tanya camne belajar kat UiTM semua. best la best belajar. sebab minat kann. Husna tanya, nenek kat UiTM tak cuci mata ke ? haa ini aku geram. Dia kata, kat matrik aku la paling kuat cuci mata dalam dewan kuliah. hahaha ! masuk dewan kuliah, amik seat depan pastu toleh belakang dan kiri... a panoramatic view of guys. bangang tak bertempat betul. sampai tersangkut sana sini. time tu kan naive sangat dah noob sebab first time nampak lelaki setelah 5 tahun di girls school. husna pun girls school masa kat KB. sama sama naive la kata. nampak laki cam nampak apa je.. terkebil kebil biji mata. okay conclusionnnn.. aku kat UiTM tak cuci mata okay. aku baik gila kat UiTM. kat matrik je kepala tak betul sikit. tu pasal satu sem kat matrik tu rasa cam 3 tahun. haha ! 

     Then... Husna kata dia rindu gila kat aku lepas aku dah takde kat KMM tuu. sebab buat apa2 je tanpa aku. dia rindu nak aku marah marah dia time buat Maths and Physics. seriously ! aku pun rindu nak mengamuk kat dia. jahat gila aku. tak jahat la, garang je. aku kalau ajarkan maths kat orang mesti aku suka mengamuk, bukan dengan Husna je. sorry ye, aku memang gitu. haha ! pastu Husna rindu nak aku pukul pukul dia kalau dia tertidur dalam dewan kuliah. sakit sangat kot aku pukul dia sebab after UPS 1, Husna tak berani duk sebelah aku dalam DK. dia duk belakang aku. aku duk ngan Raudhah.Raudhah bestie aku ngan Husna time kat KMM just dia tak dapat join kitowang semalam. Best sangat ada dowang tu. makan, study, pergi kelas, pergi exam semua sama sama. paling tak boleh blahh, camwhoring bawah spotlight cam apa je kitowang lepas habis kuliah malam. seriously best sangat dan aku rindu semua tu. tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. biarpun pointer sem satu aku 3.5 something, aku kena tinggalkan matrik tu sebab aku dapat UiTM dengan course yang aku minat gila.sebab masuk matrik pun last option aku. belajar susah sebab fast track. memang tak laa. kaunselor bukan main taknak lagi lepaskan aku keluar dari KMM tu sebab nak aku maintain kan pointer aku sampai sem 2. taknak ! matrik susah ! marah betul Husna n Raudhah . haiyoo. 

     Sobssss. Husna ni sporting gila. dia ajak aku main bowling.. amboi,, kau besar mana. aku kecik je tau. reti berenang je, sukan lain memang bye bye la. haha,,, okay la Husna ni ikutkan saje la. takyah diajar pun memang aku reti main. fuhh ! *flips hair.. ternyata aku power jugak. banyak laa, keluar urat hijau kat tangan aku tau. haha ! Lepas tu Husna ajak aku beli ole ole Melaka untuk dibawa ke Kelantan. apa je ada kat Melaka,, belacan, cencalok, dodol. haha ! tourist kan.. Lepas dah beli semua tu, aku hantar Husna balik kolej.. Husna bagi selendang kat aku. cantik sangat, warna merah,, my favourite colour ! tapi aku tak reti pakai selendang. berjam jam nak lilit. takpe, Husna.. thanks sangat. nanti pandai la aku nak pakai selendang tu. selalu memang Azie yang tolong pakaikan dan menggayakan kalau kat BB la. kat rumah, buat sendiri. apa nak jadi pun jadilah. haha ! Husna bagi kata kata terakhir dia, membuatkan aku nak menangis tapi tak pun, nanti mengantuk terus tak boleh drive. Husna kata, jangan gaduh gaduh ngan abang awak tu ! what ?? heee okay, nenek faham. insya Allah tak.. haha. okay Husna...

** Heee,, hope to see Husna next time.. Raudhah as well,, semalam la first time keluar ngan Husna. biarpun aku 6 bulan kat KMM tu, tak pernah langsung outing sama sama. nampak tak busy nya masing masing. haha ! **

~ZAIJIAN ! ~

9 Oct 2013

HEART.. UiTM Bukit Besi, Terengganu.

                                                                    


 Hi, earthlings. Hi, blogwalkers. Hi, stalkers ! hikss.

Assalamualaikum... sebeno nya dah lama tak update.. busy final exam la katanya. betul betul betul ! kita nak story pasal tempat belajar kita selama dua sem iaitu di UiTM Bukit Besi. Kampus yang hanya menempatkan course chemical and mechanical engineering. budak budak sini semua otak di luar kepala. budak engineering kan. Masa mula mula tau kena datang sini, kita cakap, Bukit Besi ada dalam peta dunia tak paa ? Paa kata ada laa dik oi. baiklah. mana la kita tau. kita tak penah pergi. terengganu pun jarang pergi. hikss. tau dungun je. okay.. Mula mula datang sini kami tidur semalam kat Kuantan sebab paa xtau sangat jalan ke BB. so mintak tolong syaniz sikit2. sampai jugak akhirnya. esok pagi tu lah. Tempatnya agak isolated. kampung ngan estet banyak. yang pasti orangnya nampak macam natives ! seriously. takut jugak mula mula. kenapa aku dicampak ke tengah hutan ni.... belajar nana, belajar.

     Kampus UiTMBB memang cantik dan modern la. baru kan.. kolej pun high class ! bilik besau oo. lebih besar dari bilik time aku kat matriks dulu n masa di UiTM Dungun. Boleh main badminton beregu. macam tu laa. sebilik 4 orang. aku orang pertama membuka dan merasmikan bilik TPR3/303. habis kau nak bangga la nana ? okay tak. lepas tu tunggu la ahli yang lain sampai. aku kan orang jauh. hikss. UiTMBB baru di fasa pertama pembinaan. banyak fasiliti yang takde such as masjid, atm, klinik, washing machine of course ! haha.. so memang susah sikit la. kena la beli stok barang banyak banyak terus. sebab malas nak keluar ke dungun. transport lagi. selama 1 sem bersamaan 4 bulan kat situ, paa sampai 3 kali kena poslaju barang barang untuk aku. gila aku ni. sebabnya paa tak bagi aku keluar ke dungun. bahaya. GAJI BULANAN pun amik kat UiTM Dungun setiap minggu bila ada koku kat sana. okay la tu.

     Kelas kat UiTMBB memang best. Alhamdulillah semua fully air cond ! kalau kat Dungun dulu kena belajar kat rumah Duyung / Karah yang hanya kipas angin tu. panas wehh. rumah papan lama. rasa macam belajar dalam rumah tok bomoh pulak. hikss. tapi tuu la kekurangan kelas kat BB. takde LCD projector and screen. so presentation guna cara kuno. kertas A4 sambung banyak banyak jadi mahjong paper. gila la aku tak buat gitu okay. perkhidmatan print and photostat pun takde. semua lecturer yang buatkan. kami tinggal bayar je. yela kan tak cukup kemudahan lagi.. masa mula mula dulu dah la wifi tak pasang lagi. mati kutu masa minggu pertama masuk situ. nasib aku pakai mobile internet. tapi line macam apa. line telefon pun satu bar je. betul betul isolated. aku tension masa mula mula datang situ. aku call mama nangis2 nak balik. mama kata duduk je la situ. bersabar je la. okayyy. Kafe kat situ not bad la. masa mula mula memang la takde choices sangat tapi bila lama lama tu okay dah. syukur ! tapi tu laa, harga mahal. sesuka dia je letak harga tinggi2 ingat kami di sini millionaire ke. lepas tu kafe suka buka tutup ikut suka mak nenek dia je. takde cuti takde ape, tutup pulak. dia ingat ni Dungun ke apa. sabo je la aku.

     Kampus UiTMBB ni dekat ngan sebuah tasik. Tasik Puteri. boleh jalan kaki je ke sana. takde jauh mana. siapa yang kaki pendek tu rasa la jauhnya. kahkah ! amboi gelak besar nampak. tasik tu ape je ada. ada tasik la. pastu ada air terjun. bukan la air terjun tapi air tasik yang mengalir ke bawah. so ramai la students yang suka mandi kat situ. mostly guys la yang conquer tasik tu. eee menyampah aku. kami yang perempuan ni takde chance. bebudak  tu pergi waktu petang. aku decide nak ke situ bila time orang solat jumaat. tapi panas lak time camtu. aku nak swimming kat situ. aku suka berenang la ! aku tak boleh tengok orang berenang dan aku tau memang takde chance punya. takpe la, balik ni berenang la kat swimming pool ye nana.. takut jugak air tasik tu kot terkena kencing tikus je. kan dah satu hal. aku datang situ masa awal2 sem je ngan roomates. pastu masa one day before aku balik Melaka. ke tasik ngan Aidil. tu je laa lain masa aku tak pergi pun. takut nak ke sana. dengan bebudak kampung yang perangai tah macam apa. memekak je. menakutkan !

     Last day aku kat UiTMBB ialah pada 8/10/2013. habis final paper maths tu terus balik. sedih sangat. even aku rasa BB ni teruk, tapi BB best sebenarnya. seriously aku dah start nangis dari tengah hari masa hari last tu. pastu exam. semangat gila la sebab dah nak balik. sampai tak cukup buku soalan. hope sangat maths dapat A+ macam last sem. aminnn. haha. balik tu paa dah tunggu kat bawah. and I'm just like,,, ala, kita taknak balik ! so naik la bilik mengangkat barang barang ke bawah. yang sengalnya nana ni, masa kemas tu menaaaaangis je kerja aku. astaga. teruk gila aku ni. aku taktau kenapa sedih sangat. roomates semua sabar je tengok aku. yela aku balik paling awal. lepas nii dah takde orang dowang tu nak buli. serious sedih gila ! aku rindu semua. bukan roomates je. 1 sem tu aku rasa macam setahun. ada yang strangers menjadi besties la. macam2 kenangan. yang pasti roomates aku sangat bertuah sebab menerima kiss aku yang sangat mahal ! semua request nak kiss daripada aku. haaa comel sangat dowang kata. eee malu kita !! semua pelik, kenapa aku perlu nangis. kan nak balik dah. korang taktau apa aku rasa ! hahaha. so dalam kul 5 lebih tu secara rasminya aku keluar dari UiTMBB. balik Melaka !


okay tu je nak story.. nanti tengoklah gambar gambar niii.. only in UiTMBB !!


UiTM Kampus Bukit Besi
view dari jalan nak ke tasik

cantik sebenarnya kampus ni !

library.. bangunan khazanah. best sangat library ! cantik ! study dengan view hutan melalui tingkap. tapi itulah, aku SUKA kerusi library. kena duk elok elok. nanti jatuh ke depan. jatuh la standard.


Inche Ridhwan.. hikss. my classrep. sangat rajin. left-handed. ex matriks pahang.

Nyonya Nana. Assistant classrep je. pangkat tak berapa tinggi. rajin jugak minah ni buat kerja. minah ni pun left-handed dan ex matriks melaka. banyak pulak chemistry ngan classrep. haha !

with le roomates.

tasik puteri tapi time ni air nya agak surut sikit.

kat sini laa boleh mandi ! yang tempat gelap tu bahaya sikit untuk sapa yang tak reti berenang. one day aku nak try jugak tengok berapa dalam air tu. tapi bilalahh masanya.

gambar ni masa second last day aku kat BB. aidil ajak ke tasik. kahkah. nasib baik tak hujan. sebeno nya gambar ni dah di edit kasi terang. kalau tak memang agak gelap sikit. muka sama tak ?? haha! thanks la genius !