right click

28 May 2013

Kay Ell ^ Holidays

Oii Assalamualaikum. ape buat tu ? nak update pasal holiday di KL lah. Hari Isnin lepas ktowang ke KL. Pagi2 tu gerak ke Selayang. Nak tau buat ape ? Amik results MUET yang cemerlang tu kat Majlis Peperiksaan Malaysia. Bukan main jauh lagi tempat die. Lepas amik tu ktowang ke UiTM Shah Alam. Nani nak amik transkrip Asasi die. Crowded gile UiTM sebab orang nga konvo. Bila lah masa aku akan tiba. Insya Allah the time will come Nana. Lepas ke UiTM,  papa bawak makan kat sekitar office di kat Kota Kemuning , Shah Alam. Makan kat kopitiam. Lepas tu papa campak aku ngan nani kat ofis die. Die gi kerja la wei. Kami dok ofis die sampai kul 5 menjejak ke 6 camtu. Pastu papa datang amik ktowang ngan kawan die, Aunty Chin. Hantar Aunty Chin ke Sri Petaling. Then tersangkut lah pulak dalam jam. KL kan. Kena la faham. Papa hantar kami ke rumah Cik Mon di Bandar Kinrara. Duk rumah Cik Mon selama seminggu.

            Pagi esoknye dak nani ade interview kat UM. aku dok la melahu kat rumah. Tengok tv , makan , tido je. haha.. even aktiviti aku cam bosan je kat situ tapi dok umah Cik Mon memang best. Terasa cam orang kaya doww. Mana x nye, gi pasar malam pun naik Mercedes. teragak2 aku nak keluar kereta. Malu2 pulak. haha ! best doww dok sana. Hari Jumaat tu cuti Hari Wesak. Cik Mon hantar aku , nani ngan aizat g tengok wayang kat IOI Mall . Tengok citer Star Trek. I thought citer tu bosan, tapi best wehh. Haha. pastu balik rumah leee.. Sabtunye pulak , amik Mak Itam kat LRT Sri Petaling. Ktowang lak dihantar ke situ untuk ke Bukit Bintang. Aizat punya idea. Naik LRT pastu tukar naik monorel. Memula gi Pavillion. X beli ape pun. Makan tengah hari kat Madam Kuan. lepas tu strolling dalam Pavi. Ramai gile orang kat Pavi. Lepas tu guna laluan pejalan kaki untuk ke Suria KLCC. Jalan2 kat taman bawah tu, pastu masuk KLCC. Orang ramai gile kot. Hari Sabtu kannn. Sampai je cari musholla untuk solat.Pas solat merayau la. Buat bangle beads. Aku , nani n manje yang buat. Aku punye paling murah. Berjoget dondang sayang le aku. Jimat duit ! Pastu Aizat ajak minum Starbucks. Sebelum dah le tersesat dalam lift. Aizat boleh pula ajak naik service lift. Memang cam rumah hantu la. Haihh. Balik rumah dalam kul 6 camtu. Tersesat2 nak naik tren. haha geli hati. Nasib ade polis, tanya polis. Baru dapat naik. Cik Mi amik kat Sri Petaling dalam kul 6 menjejak 7. Balik rumah. Best betul hari tu.

               Esoknya pagi dah balik. Sedih jugak. Yela aku dah seminggu duk KL. Hantar nani interview UKM lak. Lama gile tunggu. Bandar Baru Bangi tu cam x membangun je tempatnye. Bosan laa jugak. Dalam kul 3 tu die dah siap interview. Terus balik Melaka. Goodbye KL !

mak nyonya gedik.

In the Mercedes ok

beli token LRT

Dalam LRT

monorel Hang Tuah. yang tinggi tu nama Gusta, cousin aku.

Le Pavillion

Gusta belanja lunch kat Madam Kuan

aku ngan Manjalara

Le bangle-cute-KLCC

Starbucks KLCC

dua2 comel :)

Gusta belanja weolls

bawak budak2 ke kedai patung


No comments:

Post a Comment