right click

11 Sept 2013

Jamuan Raya UiTM Bukit Besi :)


     Assalamualaikum makhluk makhluk sekalian.. lama la tak update. takde masa. nak final dah kan. busy dengan test yang banyak. heee.. minggu akhir akhir ni laa aku jadi orang gila merit. asyik nak ke aktiviti yang ada merit je. ye la duk kat universiti ni bukan setakat nak belajar je tapi kena jugak aktif benda lain. tapi belajar janganlah sampai diketepikan. ni semua nak dapatkan kolej punya pasal la sem depan. takkan la merit kosong pun nak bersenang lenang di kolej. ada tak pasal pasal kena pasang khemah kat luar kampus. haiyaa tak boleh bayang la. okay sudahlah membebel nana. Last week ada jamuan raya kat kampus. hari Sabtu rasa aku. pukul 10.30 pagi camtu sampai 2 petang. best gila. makan lah paling sedap. kena pulak si penternak hantu raya macam aku ni kan. 4 pinggan pun masih lagi tahap normal. kayy, tengoklah punya gemuk sekarang.gemuk ke, berat aku tak sampai 50kg pun. sehari sebelum jamuan tu kelas aku membantu dalam merewang. itu dikira aktiviti KI kitowang. senang la,, takyah decide aktiviti lain untuk KI sem ni.. rewang best gila ! ramai tak percaya yang aku boleh membuat kerja kerja dapur camtu.. ada mulut yang berkata, aku ni orang high profile.. eeeuu aku tak suka orang kata aku gitu. aku tak suka dibezakan dengan darjat. semua orang reti kot buat kerja kerja camtu. kay forget bout it. huhh. masa rewang tu lah nampak bersatunya budak budak kelas aku. Alhamdulillah. sejuk hati melihat. hahaha! takde nak gaduh gaduh semua kan. suka la and everybody helped each others.


~Pheww,, taknak lah bebel lagi. ini je gambar yang sempat diambil masa jamuan raya tu. sampai hang terus tab aku malam tu. shut down tetiba. maybe siang tu aktif sangat kot tab bekerja. sedih sebenarnya. patah hati dah aku. ehh macam orang putus cinta pulak nana. *tunjuk gigi*

dari tepi yang paling serabai dan selekeh tu namanya nana, azie, nuyu, tiera, dayah dan teah. roomates merangkap classmates adalah azie, nuyu dan teah. dayah n tiera tu classmates di bilik sebelah. rasa nak pecahkan je dinding bilik kami tu untuk belajar bersama sama.



sumpah aku gelak sampai ke pagi esok melihat gambar ni. it's a family photo. tak pasal pasal aku kena jadi mak dan nizam menjadi ayah. OMG productive gila punya ramai anak anak. hahaha ! ini hanyalah sandiwara gambar je okay. mama kalau tau ni mampuih aku dia perli. haha !
                               

syaniz, nini, mimi, teah, nizam, daus. dan yang kat depan yang gedik sokmo tu aku la, sibuk je orang tak jemput pun aku amik gambar. tetiba gatal nak interframe. dah dapat la position sedemikian. 

with classmates. ramai sangat sampai tak muat tab aku. hahahaha ! nani kata aku dalam gambar ni macam orang buta. okay fine aku rasa cam nak kikis aje tinted spec aku time tu jugak. haihh.

syaniz jadi hero kepada gadis gadis gorgeous ini.

my roomates yang sporting gila with awang. mama kata awang lah budak paling handsome dalam kelas aku. i think dia tak handsome pun. tapi good looking tu ye la.

~okayy yang ni gambar gambar yang kononnya sweet couples of the day. roomates aku semua pakat buat wallpapers phone masing masing dengan gambar sweet couples. sorry, I'm not interested with all those. handphone aku cikai, takde wallpaper :PPPP hypo nana is hypo ! kononnya kononnya !!


with my kembar, Ahmad Syaniz Syafiq. hahaha. dari sem lepas dia dah declare kami kembar. okay boss. dia tak pakai spec old school dia tu kalau tak memang sebijik gila muka kami. baju pun biru jugak. amboi banyak pulak kimia gunaannya kan. memang banyak la sangat chemistry, dalam register kat kelas pun nama dia first and aku second. asyik duk belakang dia je time final. sorry syafiq kalau aku suka tendang kerusi kau time exam. maklumlah, fokus hingga ke titisan darah terakhir kan. kononnya, kononnya..


with the brilliant guy of UiTM Bukit Besi, Aidil. Aidil kata gambar ni awkward gila. dan aku pun kata begitu jugak. yelah, orang brilliant kan,, rasa lain gila bila communicate dengan dia. terasa diri ini sangat lah minute ! tengok la tu, aku kecik je.. segan pulak. terasa kependekkan yang amat okay. Syaniz kata kitowang ni keyboard warriors je tapi bila jumpa depan depan semua bajet segan. haihh entahlah sebab aku tak kenal pun Aidil sebelum ni. masa part 1 pun pernah dengar nama dia je tapi tak cam muka. masuk BB pun aku tak kenal jugak dia ni. kenal pun sebab dia ajar group aku untuk presentation OC. mula mula aku cakap dia ni kerek gila. Aidil ni debater ! pandai gila speaking. rasa dia sesuai amik law dan bukan engineering. haha ! semoga Aidil dapat band 6 ye untuk MUET. ganbatte kudasai Aidil san !

with my classrep, Ridhwan. saya assistant dia je. pangkat tak besar mana pun. haha. kebetulan baju kami sama colour hari tu. baguihh le tu. bengong ini pun orang kata banyak chemistry.. dah la baju sama, pastu dua dua ni pulak lefthanded. haihh. orang lefthanded ni unik tau tak !

teah yang kiut miut ni dengan syaniz.

nuyu the barbie doll with syaniz. malam tu celebrate birthday dia. terharu gila dia semua roomates kissed dia. hahaha ! aku cadang nak prank dia guna kuit tart. lagi kejam aku. yelah, dah terbiasa aku buat gitu masa zaman muda muda di gegirls high school dulu. taknak lah nanti kotor bilik, aku jugak yang paling malas nak kemas.

teah with azarul izham. budak paling malu malu biawak dalam kelas. tapi dikaitkan dengan si azie. aku pun tak paham kenapa. si azie pun cam dah angau tengok si izham ni . siap curi curi gambar. lucu la azie.

teah with abang Iwan.. farizwan abdullah. 

mimi the legend dan azarul izham

nuyu with iwan. mereka teman sekuliah masa kat asasi palam dulu. ngan mimi dan MB. diketemukan di UiTMBB dan sekelas pulak tu. okayy.




syaniz dan kak sheera. scandal !!! aku jadi orang tengah tu yang tak menahannya. akak tu duk satu floor ngan aku. hari tu kakak tu demam dan syaniz suh aku bagikan kakak tu ubat kat bilik dia. concern kann syaniz. ni pun keyboard warriors jugak aku rasa dowang ni. aku yang panggil kakak tu untuk amik gambar. 
Ragam bebudak kelas

askar pencen bercamwhoring. syaniz dan nizam. gedik gila ini gambar. aku gelak sampai sakit perut. hauihh.

the pentols.. azarul izham, awang, iwan.


with mimi the legend... baju kami hampir serupa patternnya. hahahaha.



UiTMBB's Miss Worlds.. teah, nana, nuyu, mimi, tiera, syieda, dayah, nini. undilah mereka ni ye. siapa yang berjaya menjadi Miss World dalam mimpi.

No comments:

Post a Comment