right click

9 Oct 2013

HEART.. UiTM Bukit Besi, Terengganu.

                                                                    


 Hi, earthlings. Hi, blogwalkers. Hi, stalkers ! hikss.

Assalamualaikum... sebeno nya dah lama tak update.. busy final exam la katanya. betul betul betul ! kita nak story pasal tempat belajar kita selama dua sem iaitu di UiTM Bukit Besi. Kampus yang hanya menempatkan course chemical and mechanical engineering. budak budak sini semua otak di luar kepala. budak engineering kan. Masa mula mula tau kena datang sini, kita cakap, Bukit Besi ada dalam peta dunia tak paa ? Paa kata ada laa dik oi. baiklah. mana la kita tau. kita tak penah pergi. terengganu pun jarang pergi. hikss. tau dungun je. okay.. Mula mula datang sini kami tidur semalam kat Kuantan sebab paa xtau sangat jalan ke BB. so mintak tolong syaniz sikit2. sampai jugak akhirnya. esok pagi tu lah. Tempatnya agak isolated. kampung ngan estet banyak. yang pasti orangnya nampak macam natives ! seriously. takut jugak mula mula. kenapa aku dicampak ke tengah hutan ni.... belajar nana, belajar.

     Kampus UiTMBB memang cantik dan modern la. baru kan.. kolej pun high class ! bilik besau oo. lebih besar dari bilik time aku kat matriks dulu n masa di UiTM Dungun. Boleh main badminton beregu. macam tu laa. sebilik 4 orang. aku orang pertama membuka dan merasmikan bilik TPR3/303. habis kau nak bangga la nana ? okay tak. lepas tu tunggu la ahli yang lain sampai. aku kan orang jauh. hikss. UiTMBB baru di fasa pertama pembinaan. banyak fasiliti yang takde such as masjid, atm, klinik, washing machine of course ! haha.. so memang susah sikit la. kena la beli stok barang banyak banyak terus. sebab malas nak keluar ke dungun. transport lagi. selama 1 sem bersamaan 4 bulan kat situ, paa sampai 3 kali kena poslaju barang barang untuk aku. gila aku ni. sebabnya paa tak bagi aku keluar ke dungun. bahaya. GAJI BULANAN pun amik kat UiTM Dungun setiap minggu bila ada koku kat sana. okay la tu.

     Kelas kat UiTMBB memang best. Alhamdulillah semua fully air cond ! kalau kat Dungun dulu kena belajar kat rumah Duyung / Karah yang hanya kipas angin tu. panas wehh. rumah papan lama. rasa macam belajar dalam rumah tok bomoh pulak. hikss. tapi tuu la kekurangan kelas kat BB. takde LCD projector and screen. so presentation guna cara kuno. kertas A4 sambung banyak banyak jadi mahjong paper. gila la aku tak buat gitu okay. perkhidmatan print and photostat pun takde. semua lecturer yang buatkan. kami tinggal bayar je. yela kan tak cukup kemudahan lagi.. masa mula mula dulu dah la wifi tak pasang lagi. mati kutu masa minggu pertama masuk situ. nasib aku pakai mobile internet. tapi line macam apa. line telefon pun satu bar je. betul betul isolated. aku tension masa mula mula datang situ. aku call mama nangis2 nak balik. mama kata duduk je la situ. bersabar je la. okayyy. Kafe kat situ not bad la. masa mula mula memang la takde choices sangat tapi bila lama lama tu okay dah. syukur ! tapi tu laa, harga mahal. sesuka dia je letak harga tinggi2 ingat kami di sini millionaire ke. lepas tu kafe suka buka tutup ikut suka mak nenek dia je. takde cuti takde ape, tutup pulak. dia ingat ni Dungun ke apa. sabo je la aku.

     Kampus UiTMBB ni dekat ngan sebuah tasik. Tasik Puteri. boleh jalan kaki je ke sana. takde jauh mana. siapa yang kaki pendek tu rasa la jauhnya. kahkah ! amboi gelak besar nampak. tasik tu ape je ada. ada tasik la. pastu ada air terjun. bukan la air terjun tapi air tasik yang mengalir ke bawah. so ramai la students yang suka mandi kat situ. mostly guys la yang conquer tasik tu. eee menyampah aku. kami yang perempuan ni takde chance. bebudak  tu pergi waktu petang. aku decide nak ke situ bila time orang solat jumaat. tapi panas lak time camtu. aku nak swimming kat situ. aku suka berenang la ! aku tak boleh tengok orang berenang dan aku tau memang takde chance punya. takpe la, balik ni berenang la kat swimming pool ye nana.. takut jugak air tasik tu kot terkena kencing tikus je. kan dah satu hal. aku datang situ masa awal2 sem je ngan roomates. pastu masa one day before aku balik Melaka. ke tasik ngan Aidil. tu je laa lain masa aku tak pergi pun. takut nak ke sana. dengan bebudak kampung yang perangai tah macam apa. memekak je. menakutkan !

     Last day aku kat UiTMBB ialah pada 8/10/2013. habis final paper maths tu terus balik. sedih sangat. even aku rasa BB ni teruk, tapi BB best sebenarnya. seriously aku dah start nangis dari tengah hari masa hari last tu. pastu exam. semangat gila la sebab dah nak balik. sampai tak cukup buku soalan. hope sangat maths dapat A+ macam last sem. aminnn. haha. balik tu paa dah tunggu kat bawah. and I'm just like,,, ala, kita taknak balik ! so naik la bilik mengangkat barang barang ke bawah. yang sengalnya nana ni, masa kemas tu menaaaaangis je kerja aku. astaga. teruk gila aku ni. aku taktau kenapa sedih sangat. roomates semua sabar je tengok aku. yela aku balik paling awal. lepas nii dah takde orang dowang tu nak buli. serious sedih gila ! aku rindu semua. bukan roomates je. 1 sem tu aku rasa macam setahun. ada yang strangers menjadi besties la. macam2 kenangan. yang pasti roomates aku sangat bertuah sebab menerima kiss aku yang sangat mahal ! semua request nak kiss daripada aku. haaa comel sangat dowang kata. eee malu kita !! semua pelik, kenapa aku perlu nangis. kan nak balik dah. korang taktau apa aku rasa ! hahaha. so dalam kul 5 lebih tu secara rasminya aku keluar dari UiTMBB. balik Melaka !


okay tu je nak story.. nanti tengoklah gambar gambar niii.. only in UiTMBB !!


UiTM Kampus Bukit Besi
view dari jalan nak ke tasik

cantik sebenarnya kampus ni !

library.. bangunan khazanah. best sangat library ! cantik ! study dengan view hutan melalui tingkap. tapi itulah, aku SUKA kerusi library. kena duk elok elok. nanti jatuh ke depan. jatuh la standard.


Inche Ridhwan.. hikss. my classrep. sangat rajin. left-handed. ex matriks pahang.

Nyonya Nana. Assistant classrep je. pangkat tak berapa tinggi. rajin jugak minah ni buat kerja. minah ni pun left-handed dan ex matriks melaka. banyak pulak chemistry ngan classrep. haha !

with le roomates.

tasik puteri tapi time ni air nya agak surut sikit.

kat sini laa boleh mandi ! yang tempat gelap tu bahaya sikit untuk sapa yang tak reti berenang. one day aku nak try jugak tengok berapa dalam air tu. tapi bilalahh masanya.

gambar ni masa second last day aku kat BB. aidil ajak ke tasik. kahkah. nasib baik tak hujan. sebeno nya gambar ni dah di edit kasi terang. kalau tak memang agak gelap sikit. muka sama tak ?? haha! thanks la genius !
                               





21 comments:

  1. U ni kena bawak iron and iron board sendiri like other u ke?

    ReplyDelete
  2. Saya pon chemical engineering jugak , lapor diri 14/7/2018 ni 😊, x sabar plak 😍😍😍 terima kasih. Nanti boleh x cerita pengalaman belajar plak 🙇 please
    Instagram:shafy_afy

    ReplyDelete
  3. Saya first batch utk diploma hygiene dn industri dekat uitmbb ni😍.lapor diri 14/7/2018.😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tak belajar higien dan teknologi keselamatan

      Delete
    2. kita nak tau awak dtg negeri jauh ke...

      Delete
    3. saya baru tya my aunty, diploma in hygiene and safety technology kursus yg bagus with lot of potential jobs boleh buat specialist in occupational safety and health or food technology

      Delete
    4. Saya pun dpt kos ni.. Dan ayh saya ckp mcm tu jugak

      Delete
    5. Saya dpt course ni boleh tak cerita ttg course ni ? Hati tak senang laa sbb takut

      Delete
    6. hyee eyaa . saye pon dpt kos ni . takut jgk sbnrnyaaa

      Delete
    7. hye eyaa , sye pon dpt kos ni . hati ni tkut jgk nak smbung kos ni huhuhuhuhu . jom la sembang .

      Delete
  4. Bank apa ada Di sana mudah nok buka akaun

    ReplyDelete
  5. Ijazah kej mekanikal ada di sini juga ke?

    ReplyDelete
  6. Kak, kat sini ada third language tak?

    ReplyDelete
  7. sis best tak ke kursus higien dn teknologi keselamatan, saya baru dpt tawaran tu belum jwp lagi nak ambik ke tak....ramai ke student kat sana...sunyi tak kawasan nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i need ur reply urgently...please

      Delete
    2. hi, you ambik course higien dn tek. keselamatan ke ? may i know how is it ?

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. hye eyaa , sye pon dpt kos ni . hati ni tkut jgk nak smbung kos ni huhuhuhuhu . jom la sembang .

    ReplyDelete