right click

4 Nov 2014

ICON 2014

Huii. Assalamualaikum. Lamanya aku tak menjelma kat sini. Last post pun awal sem kot. Busy betul. Dah masuk sem 4. Subjek pun makin susah. Final lagi. Lepas tu masuk competition lagi. Masuk ICON ni la. An International Innovation, Invention & Design Competition and Conference. Competition ni hari Khamis 16 Oktober. Last paper aku iaitu Calculus II habis 14 Oktober. Sebelum tu aku taktahu pun yang aku kena participate. So aku dah rancang nak balik lepas paper. Last2 tak jadi la. 15 hb tu dah kena pergi KT dengan Madam Zila. Team aku dengan Madam Zila and Kak Anis part 6. Kak Fatin group Dr. Gee and Ika sebagai supporter. Kita pergi ke sana 5 orang je. Naik kereta Madam Zila. Invention yang team aku buat ialah Eco-Friendly Inhibitors for Corrosion Protection of Metals and Alloys. FYP senior aku. haha !

     Sebelum pergi tu dah siap2 study semua apa yang kena present. Study dengan kak Anis lepas tu discuss dengan Madam. Buat pamplet, banner, preparation apa semua dengan madam. Petang Rabu tu bertolak ke KT. Stay kat Felda Residence. Masyuk jugak ye duduk hotel. Malam tu tidur lewat semua sebab buat preparation. Practice bercakap bergebang lebar lebur apa semua. Kasi juri terangkat esok pagi. Haha ! Cuak gila sapelah taknak menang kan. Sem lepas senior pergi dapat Bronze je.. Sem ni takkan la bawa telur ayam. Dah la aku first time join benda alah ni. Benda pulak berkaitan subjek part 6. Aku ni baru part 4 yang terkial2 lagi belajar CPP. haha ! Taknak kalah. Malam sebelum check in ke hotel tu pergi la ke TTI Convention Center. Konon nak amik feel untuk comp esok. Banyak juga institution yang terlibat. Dari primary school sampai tertiary. Student Masters, PhD semua. Pergilah setting tempat semua.



     Tibalah hari pertandingan yang ditunggu2. bukan main awal check out dari hotel. Pergi ke TTI CC terus. Orang pun dah ramai. I had a big butterfly in my belly ! Takutlah. Tengok semua invention participants lain macam power je. Lantaklah buat apa nak takut dengan orang. Yakin dengan diri sendiri. Dah prepare semalaman. Redha. Lepas tu dalam pukul 10 tu dah start judgement. Juri ada 2 orang datang. So kita explain la pasal apa invention yang kita dah buat tu. Ketaq lutut naaa. Aku ingat dia orang biasa je. Rupanya dia lecturer mechanical engineering. Jangan harap boleh putar cerita. Dia tahu semua benda. So nasib baik dapat present dengan baik. Speaking beghabuk kau ! Bila pengunjung tu budak2 sekolah baru aku cakap melayu. Penat. Kak Anis pulak pergi presentation dengan panel. So madam kata, aku ni la yang menentukan dapat pingat apa. Gila. Takut !


Teammate, Kak Anis and sifu, Madam Zila



Ini je pun nak display.

Award sem lepas


     Lastly, keputusan. Debor betul la tunggu. Sekali madam kata team aku dapat Silver Medal. Alhamdulillah. So sad that I can't manage to get the Gold Medal. haha. Tapi okay la dari sem lepas, dapat Bronze je. Syukur alhamdulillah. Madam Zila was so proud with me since this was the first time I joined this international comp. Bersyukur sangat. Madam and kak Anis suruh aku join ICON sem depan lagi. Pertahankan Corrosion Inhibitors jugak. InsyaAllah kalau ada rezeki Gold Medal pulak ke. Syukur,,, Gembira betul. Sebelum balik tu pergi selfie kat Masjid Kristal. Bosan hehh. Dah pukul 6 lebih suruh aku senyum lagi. Dah la dari pagi senyum memanjang. Kalau la senyuman tu diambil kira dalam comp, mesti dah Gold Medal punya lah. Ciss ! Lepas tu pergi beli keropok lekor, dinner and balik ke BB dengan gembira yang tidak terhingga biarpun penat.


Silver Medal


Bukit Besi punya participants and supporter

   

Gambar terkejal ni masa kat Masjid Kristal. Team dari Penang. Abang Zamzam, Abang Din dan kawan2 dia. aku taktau nama. Rupanya dowang ni smua housemates abe kat Penang. Bukan main menyakat aku lagi masa competition. Daripada lecturer dia sampai ke anak murid semua datang and menyakat aku. Soal semua soalan degree. Meraung ! Dowang ni memang kelakar. Aku baru je turun kereta terus dia panggil, jom ambil gambar dengan awek Rasyad ! Malu betul. haha !


Looking forward to join this kind of competition again. Ameen.



No comments:

Post a Comment