right click

19 May 2014

Kak Ely's Wedding :)

Haii. this post is all about my cousin's wedding solemnization on 3rd Mei 201, Kak Ely and Abang Eman. hoho.. So aku nak post gambar2 je. malas nak bebel banyak. Enjoy....

Pre Wedding : ade laa kenduri sikit sikit, bacaan yasin. makan la paling sedap kan.

me w cikmon, same tudung style

mum n her siblings

kumpulan ajaran selfie

with adik pengantin


before balik

fish eye

dragon ball z
(RANDOM SHOTS) During the wedding day, we had so much fun w the bride, family and relatives. Yellow theme for bride team :)
papa and isaac

photographer team

atok

pengantin lelaki sudah sampai

the guys, cousins

the groom. abang eman. abang ni ada kembar. abang eman adiknya. adik kahwin dulu okay !
hensem kan abang sedara i ? 

kak ely. cantik sangat kak ely hari tu sampai satu family tak cam dia sebab lain sangat.

pak itam saya. uncle lan dan lumix fish eye dia. ketua photographer.

mas kahwin

cantiknya !

uncle lan dan anaknya, danial.

photo booth

i buat tau ni semua. comelkan ? yes.

gedik saja.

aku tengah gelak dia snap gambar. i am single and i don't know. 

kak ely cover malu tengok puteh karok terpekik2, satu family boo kan puteh.

sandar time ! cousin chong. muka mamat ni lain sebab tak pakai spek. 

sebab terlalu banyak camera dan candid ni menjadi.

cousin isaac yang kepenatan.

Le Familia with the bride and groom. :)


kak ely's family

with puteh and her only daughter

MY FAMILY YEAY !

with paklong and maklong

with cikmon's family. mereka yang tinggi2 belaka.

with mak itam's family
Orite tu je nana nak share. lain gambar boleh buka fb ye. takpun sape berani amik tab aku silakan lah skodeng gambar2 masa kahwin kak ely ni. hahaha ! okay, nak kahwin jugak. one day one day. ameen. BELIA BENCI DADAH. bye. ><





27 Mar 2014

#throwback Ferum Hill Paintball Challenge



LE CREWS. EH1103A . UiTMBB :)
     holaaa ! after a long time i didnt memekak kat blog ni. hai semua ! assalamualaikum.. sihat ? tak sihat jumpa doktor okay. nak story niii..  Ferum Hill Paintball Challenge.. aku suka cakap takde motif kan. pada tarikh 8 februari 2014,, kelas aku EH1103A telah mengadakan mega event kelas punya iaitu paintball challenge. the first time held in KRBB. mega gila kot event kami sem ni. bangga lak.. tapi kami sekelas jadi crew je. set up tempat sume pihak pengurusan dah siapkan. kami ni just urusetia uruskan peserta, jadi emcee, n tukang jual je.. hahaha ! best gila.. ok cuci mata dulu eh..

Couple Crews.. :))

idkw i am wearing selipau jamban on that day.

With si kecil molek, Dayah

With Azie

Kami ni menjual je.. tak main pun

Ladies Crews with the VIP.. last round.. crew only.
hahh tu je la gambaunya.. malas nak tunjuk banyak kang leka. hahaha ! kerja dari kul 8 pagi sampai la ke 6 petang..bohonglah kata tak penat kan. menjual lagi. last round barulah crews punya chance untuk try battling. pehh best siot. first time aku main paintball. berat jugak pegang marker tu. kena pakai pelindung muka lagi. hmm. lelaki punya group awesome la tengok dowang berjuang bermati matian. yang perempuan lak lawan ngn VIP iaitu Madam Z n Prof Khalipah.. group aku dapat ngan Madam Z. masa mula2 semua kemain power lagi.. best jugak. sape kena tembak terus kena keluar. kumpulan aku kalah. hahaha ! dah la kalah, sebab group lagi satu tu semua licik belaka. aku orang last skali kena tembak. sakit gila, kena kat betis lak tu. pehh. berbisa, cam nak nangis dah memula tu. haihh, sampai lebam kaki aku. tapi takpelah, sakit2 pun. it was the exciting moment ever since it was a first time for me to try PAINTBALL.. 

     Ooookay semua, aku dah malas nak merepek lagi. see yahh ! :*



12 Nov 2013

Kak Uyul's engagement :)))

Assalamualaikum,, chickens ! Hari Jumaat lepas, 8 November kami semua ke rumah mak teh kat Kota Tinggi untuk majlis pertunangan kak uyul.Gerak dari Melaka kul 1 lebih camtu lupa bila. Sampai ke Kota pukul 4 lebih camtu sebab hujan lebat kat Senai. Dari Melaka kitowang bawak Cik ina and family. Banyak gila barang bawa dari Melaka. pheww !

lalu kat highway exit Senai. laluan baru. papa taknak ikut Kulai sebab jalan rosak. so lalu jalan yang pelik ni. highway tapi satu lane je. we found this bridge in the middle of the woods ! seram jugak aku mula2. jambatan besar ni tengah hutan. panjangnya lebih 1 km. macam Penang Bridge ! and all the way tu memang ladang dan felda je.

atas jambatan barulah dua lane dan boleh overtake dengan senang hati. bawah tu banyak gila kapal nak ke Singapore.

Okay ngengg.. nak sampai ke rumah mak teh kat Bandar Mas tu memang hujan lebat. tak nampak jalan papa kata. tapi boleh je speed 100km/j. jantung kat luar la semua dalam kereta. sejuk sangat. sampai rumah mak teh semua kelaparan dan terus makan kat hall. ada la satu hal ni masa nak makan.. konon aku nak cedok lauk. tetiba aku,, ehh ! apa ni ?! semua pandang. kenapa nana ? aku pun, heee sudu lauk baru beli kat kedai ke ni ? awat tanda harga tak buang lagi eh ? dowang kata pergi la tukar kat dapur. aku dah lapar ni, terus je masukkan sudu tu dalam lauk. satu hall memekik, woii nana kau ni apa malas sangat nak tukar sudu tu ! lantak. hidup je ni.. XPP 

     Lepas makan terus rewang kat belakang rumah. aku n nani antara orang kuat. semua wajib bekerja kecuali baby la. seronok gila rewang. kupas bawang, cili bla bla bla. sampai berbau tangan dengan bawang putih. dah la papa tu melawak je. lambat siap kerja aku asik nak gelak je. anak anak buah dia pun rajin menyakat dia. havoc gila ! dengan lidah tercabut la apa laa. malam tu papa sibuk buat sirih junjung hantaran ngan mak teh, kak long n kak uyul. kemain riuh lagi padahal berempat je. papa citer la yang dia pernah buat sirih junjung untuk pertabalan raja raja Melayu. sesedap je dia menyakat. yang dowang tu pergilah percaya. aku ngan nani memang tak tahan punya gelak. kat situ la papa citer kat dowang yang aku ni ketawa kuat kat bilik. kekadang tu short circuit sikit. hee jahat betul. malu la saya !

pak teh with abang farhan memotong daging 25 kg.

para ibu ni semua orang blok. blok tu orang yang duk kat dalam kawasan felda tu. pak teh ketua blok kat situ. tak paham ah ! bagus mereka ni. dengar je ada majlis macam ni, terus datang ramai ramai tolong. kami yang tuan rumah ni ringan la sikit kerja. hahaha ! bagus tau tolong masak ni, lepas masak terus makan. tu pasal aku suka ! aku suka masak dan suka makan.
     Sabtunya bermulalah majlis pertunangannya. siang tu molek je panas terik. majlis lepas zuhur. hujan lebat ! aku ngan nani orang kuat. nani camera woman. kemain sibuk lagi mengadjust lens DSLR dia tu di celah celah orang. aku sibuk jadi macam bodyguard orang nak bertunangnya. dah la muka serupa, baik tak tersalah orang. bohong la gitu. hujan lebat sangat tapi tetamu tetap ramai. family sebelah kitowang ni, family pihak lelaki dan orang2 blok. sapa yang duk kat beranda luar memang kebanjiran la. air melimpah sampai nak masuk rumah. semua bangun. yang kat dalam rumah lagi krik3. wakil pihak laki dan perempuan nak bercakap dan berbalas pantun pun seakan berbisik. hujan kuat gila dengan petirnya, siap blackout ! tapi alhamdulillah majlis pertunangan kak uyul n abg syafiq semuanya lancar. 

tadaa ! kak uyul. nurul syazana nama dia... dah bertunang pun. lepas ni nak kahwin dah. kak uyul la jadi nanny aku bila mama outstation. papa memang kat KL la. sedih jugak. nanti dah kahwin, dah takde orang nak jaga kami lagi. huaa !! muka kak uyul sama sangat ngan aku kalau dia pakai spek. spek pun old school. ni pun pakai lens. omey omey ! cam anak patung.


kak uyul with her sister, kak long. kak long dah kahwin, 6 tahun sudah. anak anak kak long la aku buat main cam anak patung. hahahaha !

kak uyul bersama orang orang kuat majlis pertunangan. aku nampak ayu okay mak mak tu kata. ehh taknak le bangga. dah
memang camtu. aku suka buat muka putus satu wayar gitu. ngenggg~
     After majlis sudah, majlis sambut birthday abang Syafiq lak.. seriously havoc and happening gila family dua2 belah. haha ! sedap wehh kek nya. rainbow cake gitu. nani memang dah tak sanggup dah tengok aku makan. banyak kan.. nani yang naik muak tengok aku makan. aku steady je. ya rabbi. kak long sampai tersedak2 tengok aku bedal kek tu. ehh kenapa pelik ke ? tak faham la saya. aku memang kuat makan. nak2 kek. pheww ! habis je majlis tu, duk kat dapur ngan mak ngah. citer lak pasal progress UiTM Pasir Gudang tu.. rupanya mak ngah n pak ngah suka jog kat area situ. sebab ada tasik. lepas ni duk JB balik rumah mak ngah kat Pasir Gudang je. mak ngah dah sebut nak bawa aku macam2 tempat. insya Allah.. paling takleh blah, aku ngan nani sibuk camwhore kat sofa belakang. sampai tertidur tidur ngan tudung dan baju kurungnya tu. seriously penat. aku penat makan la of course. 

woww,, abang syafiq hensem ! takde kerja, duk belakang langsir sliding door sebab nak skodeng abang syafiq. teruk perangai dua dua. -..-

celeb birthday abg syafiq.

serious gambar ni sengal. I thought nani nak snap gambar aku. rupanya dia fokus kat bunga. hee benci la !

with papa and edy. semua kepenatan. edy siap dah pakai shorts sebab basah lencun kena hujan. 


haii si budak ni kan.

3 musketeers. 


with ican.. ahhh comelnya dia !

     Hari Ahad tu last day kat rumah mak teh. pagi tu ke pasar pagi ramai2. dah macam pasar minggu kat Dungun je tengok. balik je pasar, siap2 nak balik. aku n nani tengok Tanah Kubur kat belakang. terpekik sampai 3 kali. mula2 aku berdua je ngan nani. after kitowang jerit tu, semua isi rumah datang ke belakang. ingat apahal terpekik. seriously seram. hahaha ! Bertolak balik dari rumah mak teh pukul 2 camtu. ke rumah mok su kat area Pasir Gudang. taman scientex tak silap aku. dekat ngan politek ibrahim sultan. ehh pening la kat mana ! duk kat rumah dia, makan2 dan bercerita. haha. lepas tu baru balik Melaka. sebelum balik, pak ngah bawa jalan ke UiTM PG. cantik jugak ! atas bukit. high class la sikit tempat tu. barulah nak nampak bangunan tinggi2 kan. bandar la sikit. boleh nampak highway nak ke Skudai. pagar PB opposite ngn international school tapi tak beroperasi lagi. lepas dah pusing kat UiTM barulah balik ke Melaka. kul 7 lebih malam baru sampai. Alhamdulillah...XD

haiyoo.. ican jahat ! kita nak amik gambar ngan adik dia, dia letak muka depan lens. 

with le niece, mia. omey nya omey ! saya aunty yang baik.

with le anak buah.. ican and mia

para mak cik dan Mia. XDD


Okay,, bye !! Sayonara !!