right click

11 Sept 2013

Jamuan Raya UiTM Bukit Besi :)


     Assalamualaikum makhluk makhluk sekalian.. lama la tak update. takde masa. nak final dah kan. busy dengan test yang banyak. heee.. minggu akhir akhir ni laa aku jadi orang gila merit. asyik nak ke aktiviti yang ada merit je. ye la duk kat universiti ni bukan setakat nak belajar je tapi kena jugak aktif benda lain. tapi belajar janganlah sampai diketepikan. ni semua nak dapatkan kolej punya pasal la sem depan. takkan la merit kosong pun nak bersenang lenang di kolej. ada tak pasal pasal kena pasang khemah kat luar kampus. haiyaa tak boleh bayang la. okay sudahlah membebel nana. Last week ada jamuan raya kat kampus. hari Sabtu rasa aku. pukul 10.30 pagi camtu sampai 2 petang. best gila. makan lah paling sedap. kena pulak si penternak hantu raya macam aku ni kan. 4 pinggan pun masih lagi tahap normal. kayy, tengoklah punya gemuk sekarang.gemuk ke, berat aku tak sampai 50kg pun. sehari sebelum jamuan tu kelas aku membantu dalam merewang. itu dikira aktiviti KI kitowang. senang la,, takyah decide aktiviti lain untuk KI sem ni.. rewang best gila ! ramai tak percaya yang aku boleh membuat kerja kerja dapur camtu.. ada mulut yang berkata, aku ni orang high profile.. eeeuu aku tak suka orang kata aku gitu. aku tak suka dibezakan dengan darjat. semua orang reti kot buat kerja kerja camtu. kay forget bout it. huhh. masa rewang tu lah nampak bersatunya budak budak kelas aku. Alhamdulillah. sejuk hati melihat. hahaha! takde nak gaduh gaduh semua kan. suka la and everybody helped each others.


~Pheww,, taknak lah bebel lagi. ini je gambar yang sempat diambil masa jamuan raya tu. sampai hang terus tab aku malam tu. shut down tetiba. maybe siang tu aktif sangat kot tab bekerja. sedih sebenarnya. patah hati dah aku. ehh macam orang putus cinta pulak nana. *tunjuk gigi*

dari tepi yang paling serabai dan selekeh tu namanya nana, azie, nuyu, tiera, dayah dan teah. roomates merangkap classmates adalah azie, nuyu dan teah. dayah n tiera tu classmates di bilik sebelah. rasa nak pecahkan je dinding bilik kami tu untuk belajar bersama sama.



sumpah aku gelak sampai ke pagi esok melihat gambar ni. it's a family photo. tak pasal pasal aku kena jadi mak dan nizam menjadi ayah. OMG productive gila punya ramai anak anak. hahaha ! ini hanyalah sandiwara gambar je okay. mama kalau tau ni mampuih aku dia perli. haha !
                               

syaniz, nini, mimi, teah, nizam, daus. dan yang kat depan yang gedik sokmo tu aku la, sibuk je orang tak jemput pun aku amik gambar. tetiba gatal nak interframe. dah dapat la position sedemikian. 

with classmates. ramai sangat sampai tak muat tab aku. hahahaha ! nani kata aku dalam gambar ni macam orang buta. okay fine aku rasa cam nak kikis aje tinted spec aku time tu jugak. haihh.

syaniz jadi hero kepada gadis gadis gorgeous ini.

my roomates yang sporting gila with awang. mama kata awang lah budak paling handsome dalam kelas aku. i think dia tak handsome pun. tapi good looking tu ye la.

~okayy yang ni gambar gambar yang kononnya sweet couples of the day. roomates aku semua pakat buat wallpapers phone masing masing dengan gambar sweet couples. sorry, I'm not interested with all those. handphone aku cikai, takde wallpaper :PPPP hypo nana is hypo ! kononnya kononnya !!


with my kembar, Ahmad Syaniz Syafiq. hahaha. dari sem lepas dia dah declare kami kembar. okay boss. dia tak pakai spec old school dia tu kalau tak memang sebijik gila muka kami. baju pun biru jugak. amboi banyak pulak kimia gunaannya kan. memang banyak la sangat chemistry, dalam register kat kelas pun nama dia first and aku second. asyik duk belakang dia je time final. sorry syafiq kalau aku suka tendang kerusi kau time exam. maklumlah, fokus hingga ke titisan darah terakhir kan. kononnya, kononnya..


with the brilliant guy of UiTM Bukit Besi, Aidil. Aidil kata gambar ni awkward gila. dan aku pun kata begitu jugak. yelah, orang brilliant kan,, rasa lain gila bila communicate dengan dia. terasa diri ini sangat lah minute ! tengok la tu, aku kecik je.. segan pulak. terasa kependekkan yang amat okay. Syaniz kata kitowang ni keyboard warriors je tapi bila jumpa depan depan semua bajet segan. haihh entahlah sebab aku tak kenal pun Aidil sebelum ni. masa part 1 pun pernah dengar nama dia je tapi tak cam muka. masuk BB pun aku tak kenal jugak dia ni. kenal pun sebab dia ajar group aku untuk presentation OC. mula mula aku cakap dia ni kerek gila. Aidil ni debater ! pandai gila speaking. rasa dia sesuai amik law dan bukan engineering. haha ! semoga Aidil dapat band 6 ye untuk MUET. ganbatte kudasai Aidil san !

with my classrep, Ridhwan. saya assistant dia je. pangkat tak besar mana pun. haha. kebetulan baju kami sama colour hari tu. baguihh le tu. bengong ini pun orang kata banyak chemistry.. dah la baju sama, pastu dua dua ni pulak lefthanded. haihh. orang lefthanded ni unik tau tak !

teah yang kiut miut ni dengan syaniz.

nuyu the barbie doll with syaniz. malam tu celebrate birthday dia. terharu gila dia semua roomates kissed dia. hahaha ! aku cadang nak prank dia guna kuit tart. lagi kejam aku. yelah, dah terbiasa aku buat gitu masa zaman muda muda di gegirls high school dulu. taknak lah nanti kotor bilik, aku jugak yang paling malas nak kemas.

teah with azarul izham. budak paling malu malu biawak dalam kelas. tapi dikaitkan dengan si azie. aku pun tak paham kenapa. si azie pun cam dah angau tengok si izham ni . siap curi curi gambar. lucu la azie.

teah with abang Iwan.. farizwan abdullah. 

mimi the legend dan azarul izham

nuyu with iwan. mereka teman sekuliah masa kat asasi palam dulu. ngan mimi dan MB. diketemukan di UiTMBB dan sekelas pulak tu. okayy.




syaniz dan kak sheera. scandal !!! aku jadi orang tengah tu yang tak menahannya. akak tu duk satu floor ngan aku. hari tu kakak tu demam dan syaniz suh aku bagikan kakak tu ubat kat bilik dia. concern kann syaniz. ni pun keyboard warriors jugak aku rasa dowang ni. aku yang panggil kakak tu untuk amik gambar. 
Ragam bebudak kelas

askar pencen bercamwhoring. syaniz dan nizam. gedik gila ini gambar. aku gelak sampai sakit perut. hauihh.

the pentols.. azarul izham, awang, iwan.


with mimi the legend... baju kami hampir serupa patternnya. hahahaha.



UiTMBB's Miss Worlds.. teah, nana, nuyu, mimi, tiera, syieda, dayah, nini. undilah mereka ni ye. siapa yang berjaya menjadi Miss World dalam mimpi.

25 Aug 2013

MEM 160 Workshop at UiTM SAlam.

Hye everyone,, the blogwalkers of course.. nana nak berstory story pasal workshop yang baru je dihadiri selama 3 hari 2 malam di UiTM Shah Alam. Bertolak hari Khamis petang lepas dalam kul 5 lebih camtu.. lambat gila bas datang. haihh sabo je la.. tak naik bas UiTM pun. naik bas yang disewa dari luar. okay la bas tu. condusive.. Jauh gila perjalanan.. bukan jauh apa, tapi jauh daripada Bukit Besi ni nak dapatkan persimpangan Jabor which is jalan nak ke highway. pening gila la jalannya. kampung banyak...

     Perjalanan memakan masa mencecah 7 jam. dua kali berhenti rehat. sampai UiTM SAlam pukul 12 lebih pagi camtu.Masuk ikut entrance Canseleri iaitu pintu Seksyen 2. haa ! pro betul aku. Shah Alam toksah klentong saya ye. Papa duk SAlam kan.. Sampai2 je hantar the guys kat Kolej Teratai.. yang gegirls stay kat Kolej Delima. Bilik dua orang je. tak bestnya toilet. aku rasa kalau badan aku gemuk sikit mesti tak lepas pintu dia. Shower and toilet dia yang sangat sempit.OMG. geram aku. tak selesa sikit laa. tapi bilik ok je.

     Esoknya start dengan workshop.. dibahagikan kepada 3 kumpulan ikut senarai nama.. aku group 1. al maklumlaa nama nombor dua dalam register kan... Dalam group aku ada dua je perempuan termasuk aku. Mimi laa se group ngan aku.. the another 7 must be guys laa kan. so tak kisah pun. sebab budak laki group aku sume best2 and rajin membantu.. Aku ni pulak tak biasa sangat buat kerja2 bengkel ni kan. aku cam takut takut je nak buat. so mereka banyak laa tolong. alhamdulillah. terima kasih sesangat. sesi hari pertama tu buat milling, foundring and sheet metal apa tah. tapi yang paling complicated sheet metal tu la. kena potong besi and buat kotak.. susah jugak bagi orang yang tak biasa cam aku. yela aku KH kat sekolah dulu belajar ERT. takde menukang ni semua.. paling senang foundring laa. guna green sand technique untuk buat ukiran. cantik gila !

     The last day pulak buat process lathering, welding and bench fitting. lathering tu camne laa aku nak gtau. instructor bagi besi bentuk cylinder. and ada laa process2 nya and ukuran untuk membentuk besi tu. complicated jugak. nasib baik buat by group. so taktau memang aku mintak tolong the guys. tengah hari tu welding pulak. welding best gila. senang jugak berbanding process lain. first time welding. sangat best. lepas welding kitorang buat bench fitting lak.. kena buat Male Female punya bentuk daripada besi. kira macam lock and key la. aku group ngan nizam. Alhamdulillah biarpun lama gila nak siap, siap jugak akhirnya. dapat markah 12/15 je. Alhamdulillah tak fail. so habis je bench fitting, maka habislah workshop di UiTM SAlam.

Dalam pukul 8 camtu bas datang untuk bawa kami semua balik. Makan dulu kat Seksyen 7. and then we started our journey back.. Syaniz baik gila dia. Dia duk sebelah aku.. Aku memang x tahan gila sejuk kalau naik bas. aku just ada cardigan je. so dia bagi aku jaket dia.. dia tak tidur pun. aku tidur nyenyak gila sebab terlalu penat. rasa serba salah betul kat Syaniz. hahaha ! dia kata kesian kat aku sebab tak tahan sejuk. thanks alot !!

*there,, ni je gambar yg sempat diambil.. camera fon yang sangat humble kan. sedih betul. tak gigi biru lagi gambar dari members.. harharhar*


kolej kediaman kami.. kolej ni pelik gila. tengok dari luar cam tak nampak pelik nya. bila masuk, memang pelik. cam rumah pangsa pun ada. entah aku tak reti nak describe cemano.


okay muka aku terkejal gila. ni mesti la fake smile kan. aku tak kan tunjuk real smile aku. nanti orang cair cam besi dileburkan. taknak la aku senyum gila gila. maaflah aku dah gemuk. 


tengok la mamat dua ketul ni. punya la nak sharing kerusi sebab tak cukup kerusi. guess who ? ni Awang ngan Syaniz. lucu betullah.

khusyuk dengar instructor menerangkan kaedah kaedah dalam process lathering. agak complicated jugak process ni.

the third group. ada dua je guys dalam group ni.. and the 7 more are gegirls..

ini lah dia mimi yang dah tak sabar sabar nak mewelding..

hasil welding aku.. process percubaan je ni. yang practical punya lagi okay daripada yang ini...

peralatan untuk welding. bahaya jugak alat alat ni..

kayy,, by the end of the day, this is what I get. damn sakit gila luka ! tu la terlebih riang sangat agaknya aku masa buat bench fitting tu.. masa nak mengasah besi tu.. terkena tangan aku kat tempat pengasah tu. sakit macam kena toreh biarpun nampak calar je.. haihh.

14 Aug 2013

Yeayy,, saya berjaya !

 
Cakkk ! hai, comel tak saya ? *on behalf of nana*

Assalamualaikum wahai pembaca belog nana. xnak baca pun xpe lah. Heee. hari ni rasa bersyukur sangat sebab aku berjaya menyatukan balik kawan bilik aku yang x bertegur sapa I think at lest for 3 weeks.
Lama tau tak masa tu. x bertegur for a reason yang x concrete pun aku rasa. Tak elok la kan sebab dalam Islam pun haram kan kita x bertegur sampai lebih dari tiga hari sebab benda macam tu boleh menjadi kepada permusuhan. (kalau nana salah tolong betulkan. Nana bukan ustazah) X boleh la bermusuh kita sesama Islam kan. Jangan la sempitkan fikiran tu dengan amik jalan mudah xnak bertegur ngan orang biarpun orang tu x buat salah pun kat kita. Fine la kita manusia semua buat salah. Normal kot. Mana ada yang semua maksum kecuali Rasulullah SAW. kankankan ?

Kes yang aku tangani berkisar macam ni. Cehh gaya lawyer buruk gituhh. Ehh tak, kaunselor..
Kita guna unknown X je ye. Nana kan taksub pada Maths. hihi..Okay si X ni tiba tiba je hari tu dia x bercakap ngan roomates aku lagi 2 orang tu. aku tanya kenapa and dia cakap, Xde benda nak cakap. so aku pun Ohh je la. But seems like it became more serious after that day. X bercakap langsung sepatah haram sampai ke cuti raya. nak balik x salam pun. But she still talked to me as usual only with another 2 girls.. kept silent. So habis je cuti aku tanya la, kenapa x bertegur ? si X cakap xde ape pun. aku cakap, so kalau xde ape, why not start conversation ngan mereka berdua ?
Still cam xde respon. Then, I asked her to forgive the 2 girls. Ye la eventhough xtau siapa salah, better salah satu pihak
minta maaf. xkan la nak ikut keras kepala masing masing ? dah besar kot. Matang la sikit. So si X pun minta maaf kat mereka berdua tu.... Alhamdulillah, things back to normal again. huhahuha dalam bilik as usual.
Xde la diam lagi seperti minggu sebelum sebelum ni. Bersyukur sangat. Yela, x suka kot tengok kawan bergaduh cam ni.
Hasil slow talk aku berjaya ! Patut boleh jadi kaunselor la nana ni. Heee..Xnak aku..X sesuai sebab aku
dah la brutal. Xde langsung hati perut. Tengok je macam baik. macam laaa.

~Okaylaa tu je nak story,, heeee. kalau memerlukan kaunselor peribadi panggil la Nana ye ! Jangan lupa bawa duit pengeras sekali . Daaaa ! ~